Edaran Tan Chong Motor naik taraf bilik pameran di seluruh negara

oleh Firdaus Razani|
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan konsep NRC-NEXT untuk sebuah lagi bilik pameran Nissan di Cyberjaya, Selangor.

Transformasi bilik pameran itu adalah susulan kepada tiga bilik pameran yang sebelumnya, termasuk Pusat Flagship Nissan 3S di Petaling Jaya yang direka bentuk semula dan dinaik taraf sejak dua tahun lalu.

Konsep bilik pameran baharu itu membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul dan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan jenama Nissan.

Konsep Runcit Nissan bertujuan untuk menginovasikan pengedar Nissan dan menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan Nissan di seluruh dunia.

 

nissan

 

Ia bertumpu pada nilai jenama Nissan sepanjang  pelanggan berada di pusat flagship, sama ada untuk memandu uji atau menghantar kereta untuk servis biasa.

Setiap titik sentuh kemudahan mematuhi konsep NRC atau NRC-NEXT telah pun direka bentuk dan diperhalusi semula untuk menyampaikan keseronokan dan kepuasan kepada pelanggan.

Tambahan itu, ETCM turut menganugerahkan perkongsian peniagaan kepada Evo Mobility Sdn. Bhd. (EVO) di Cyberjaya untuk memenuhi keperluan komuniti berdekatannya pada akhir tahun 2023.

 

nissan

 

EVO mempunyai pengalaman perniagaan dalam pengedaran bahan api yang kukuh dan teguh di kawasan selatan lebih daripada dua dekad, dan kini ia ingin berkembang dan menerokai ruang automotif.

Pusat 3S Nissan telah mula beroperasi pada awal Januari 2024 di bandar Autoville Cyberjaya, satu-satunya hab khusus yang dibenarkan untuk menjalani perniagaan automotif di Cyberjaya.

Cawangan yang bersaiz keluasan keseluruhan 7,300 kaki persegi itu mampu mempamerkan sehingga lima model Nissan, serta menyediakan rangkaian kenderaan pandu uji, pengalaman langsung kepada pelanggan, dan ruang penghantaran kenderaan baharu.

 

nissan

 

Kedua-dua ruang servis itu mampu menampung sehingga 200 servis setiap bulan, justeru memastikan kerja penyelengaraan dan pembaikan yang cekap dan tepat pada masa.

ETCM akan terus menaik taraf bilik pamerannya yang sedia ada di seluruh negara untuk memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang dan meningkatkan tahap kepuasan dengan jenama Nissan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…