ECRL - Gombak, Bentong digugurkan; Labu bakal jadi hab pengangkutan utama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan jajaran East Coast Rail Link (ECRL) bakal menyaksikan Negeri Sembilan bakal menjadi sebagai salah sebuah hub pengangkutan yang penting untuk kawasan sentral.

Menurut laporan daripada Nanyang Siang Pau, perubahan itu turut memilih Labu sebagai salah sebuah stesen baharu bagi menyambungkan Pelabuhan Klang kepada kawasan Pantai Timur. 

Labu dipilih kerana kebanyakan tanah di kawasan tersebut dimiliki oleh syarikat Sime Darby Sdn Bhd, sekaligus mengurangkan lagi kos pengambilalihan tanah. 

Ia ditambah lagi dengan jarak relatif antara KLIA menjadikannya Labu lebih strategik sebagai hub pengangkutan, selain memudahkan pengurusan laluan baharu disambung daripada Pelabuhan Klang. 
 


Perubahan jajaran ECRL bakal menyambungkan Negeri Sembilan ke Pahang melalui Muadzam Shah, manakala stesen cadangan Bentong dan Gombak bakal dibuang daripada senarai asal. 

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perbincangan projek ECRL bakal diputuskan sebelum Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berangkat ke China untuk sidang kemuncak Belt & Road 24-28 April ini. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
"Tadi kita (kerajaan negeri) ada bincang mengenai perkara ini dan kita putuskan tangguhkan lagi…
Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…