Eco Explorer - modifikasi campervan mewah Toyota Alphard/Vellfire

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tahukah anda, selain daripada van, trak pikap, casis lori dan bas coaster, MPV kotak mewah Toyota Alphard/Vellfire juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai campervan?

Usah risau kerana Campers Scotland mempunyai penyelesaian bagi mereka yang inginkan sebuah campervan yang berselindung di sebalik imej mewah Alphard/Vellfire. 
 


Campervan yang digelar sebagai Eco Explorer ini menggunakan Toyota Alphard Hybrid sebagai asas dalam menjadikan sebuah kenderaan dua fungsi dalam satu tanpa sebarang tanda-tanda ia sebuah campervan. 

Malah, anda juga boleh menggunakan Alphard ini untuk menghantar anak ke sekolah setelah selesai aktiviti hujung minggu. 

Jika sebuah Alphard standard mampu membawa enam orang dengan selesa, Eco Explorer ini hanya mampu memuatkan lima orang sahaja, oleh kerana kerusi tengah telah dibuang sepenuhnya. 
 


Kerusi barisan ketiga pula digantikan dengan tempat duduk jenis bench, manakala ruang tengah yang kosong tadi menempatkan meja yang boleh dilipat, dan ruang untuk membentang tempat tidur. 

Bagi menggantikan dapur, sebuah pemanas induksi elektrik digunakan manakala ruang antara pemandu dan penumpang hadapan pula diletakkan sebuah peti sejuk mini untuk storan minuman ringan. 
 


Sebagai tambahan ruang, Alphard Eco Explorer ini turut dipasang katil bumbung jenis pop-up, menjadikan ia mampu memuatkan lima orang tidur dengan selesa. 

Sistem enjin hibrid 2.4 liter ini membolehkan ia menyelurusi jalanan di bandaraya menggunakan mod elektrik sahaja pada kelajuan yang rendah. 

Namun, anda boleh memilih untuk memasang sistem Tribrid di mana enjin akan menggunakan sumber kuasa gas petroleum cecair (LPG) sebagai alternatif, memberikan jarak operasi sehingga 1,609 km untuk satu tangki penuh!
 


Pihak Campers Scotland menjual Eco Explorer ini pada harga sekitar $32,625 (RM132,914) manakala sistem Tribrid pula memakan kos tambahan $2,000 (RM10,592). 

Bagi mereka yang inginkan kelainan, bolehlah mencuba untuk modifikasi MPV Alphard/Vellfire untuk dijadikan sebagai campervan hujung minggu. 

Sumber: Campers Scotland

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…