EAVan - basikal elektrik untuk penghantaran barangan

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah syarikat pemula dari British, Electric Assisted Vehicles Limited (EAV) mempunyai satu idea bagi menawarkan solusi kepada industri penghantaran barang yang lebih bersih, hijau, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan dalam masa yang sama, reka bentuk yang kecil ini mampu mengurangkan kadar kesesakan terutama di dalam kawasan bandar. 

Dinamakan sebagai EAVan, ia secara asasnya merupakan sebuah basikal elektrik yang memiliki ruang kargo di bahagian belakang dan mempunyai empat roda. 

 


Menariknya, ia masih lagi dikategorikan di bawah regulasi basikal elektrik. 

Menurut EAV, EAVan ini ini menggunakan idea daripada sebuah kenderaan komersil ringan dan dengan sistem bantuan elektrik, ia mampu bergerak sejauh 96 km untuk sekali cas penuh dan lebih sekiranya kapasiti bateri yang lebih besar digunakan. 

Untuk menggerakkan EAV ini, pengguna perlu menggunakan suis e-nertia pada ibu jari dan EAV akan bergerak sepantas 5 km/j dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 25 km/j sahaja. 
 


Walaupun nampak kecil, EAV sebenarnya mampu membawa beban berat sehingga 120 kg.

Aplikasi EAV tidak terhad kepada penghantaran barangan (seperti makanan) semata-mata. 

Reka bentuk modular ini juga membolehkan ia digunakan untuk tujuan lain seperti kegunaan sekuriti, 'trak pikap', paramedik dan food truck. 
 


Malah, EAV tidak menolak kemungkinan tahap versatiliti platform ini memungkinkan ia boleh diperluaskan untuk kegunaan yang lebih besar seperti van penghantaran dan juga kenderaan peribadi pada masa akan datang. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…
Berita Domestik
  Menurutnya, syarikat yang telah lebih lima tahun beroperasi itu cuba mengaburi mata pihak…