Sebagai permulaan, pengeluar tersebut bakal menggunakan model kereta janaan elektrik baharu mereka iaitu Nissan Leaf.
Menurut laporan Reuters, Easy Ride yang berfungsi menggunakan perisian Nissan sendiri itu bakal memulakan ujian pertama di Yokohama Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Hiroto Saikawa dipetik sebagai berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan perkhidmatan itu awal tahun 2020 dan Jepun merupakan negara pertama pasaran Easy Ride.
"Kami sedar untuk menjadi pengendali perkhidmatan sebegini memerlukan masa yang agak lama, ia tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama daripada pengendali platform permainan mudah alih Jepun, DeNA Co.
"Penting bagi kami untuk meneroka segmen baharu ini meskipun ia dilihat memiliki pasaran yang 'niche' kerana ia diyakini berupaya membantu meningkatkan penguasaan selain mempelbagaikan perkhidmatan tawaran perikatan Renault, Nissan dan Mitsubishi dalam industri automotif dunia amnya," katanya.