EASTERN BOBBER MOTOR GATHERING 2023 KEMBALI LAGI

oleh Penyumbang Rencana 2|
ACARA perhimpunan motorsikal custom, Eastern Bobber Motor Gathering kembali lagi untuk tahun kedua pada 24 Disember ini dan menjadi penutup untuk setiap acara permotoran tahun ini.

Eastern Bobber Motor Gathering 2023 akan bertempat di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu TTDI Grove Kajang.

Acara ini merupakan anjuran oleh Omar Jumiran yang merupakan pemenang tempat kedua di kejohanan AMD World Champion of Bike Building pada tahun 2018.

 

easternbobber

 

Selain dari pertunjukkan dan pameran kepelbagaian motosikal custom seperti cafe racer, bobber, chopper dan lain-lain lagi, ia juga merupakan satu acara komuniti motosikal custom bersama masyarakat.

 

easternbobber

 

Menurut beliau, "Acara ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal khususnya motosikal custom."

Dengan wujudnya acara begini, pemilik dan peminat dapat berkongsi pendapat serta bertukar-tukar fikiran untuk menjadikan komuniti motosikal custom dapat diteruskan untuk masa akan datang.

"Acara kali ini turut akan menjadi penanda aras untuk dapat meneruskan lagi acara ini dengan penambahbaikkan di tahun yang akan datang" tambahnya lagi.

 

easternbobber

 

Acara himpunan motosikal tersebut akan bermula pada jam 9 pagi hingga 10 Malam dan hanya akan berlangsung cuma satu hari sahaja.

Pelbagai aktiviti akan diadakan di acara tersebut, antaranya pertandingan motosikal, ‘Sunset Ride’, busking, cabutan bertuah dan bbq.

Di acara ini juga bakal terdapat gerai jualan seperti t-shirt, barangan dan aksesori untuk motosikal custom dan banyak lagi.

 

easternbobber

 

Masuk adalah percuma dan pengunjung yang mendaftar akan berpeluang mendapat cenderamata edisi terhad seperti t-shirt, keychain serta kupon bbq.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh layari Facebook EasternBobber .

 

PENULIS : FIRDAUS RAZANI

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta itu dipercayai berada di De Soto, Missouri, Amerika Syarikat setelah disenaraikan di…
Informasi
Namun begitu, konsep dari Zillers Garage di Rusia ini nampak sangat berbeza. Konsep lowered yang…
Berita Domestik
Namun, misi anak muda terbabit, Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory agak terbantut ekoran…