EarthRoamer SX - Motorhome serba lengkap guna casis trak Chevrolet 6500 HD

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat EarthRoamer, nama yang tidak asing lagi dalam menghasilkan barisan motorhome kini tampil dengan model baharu SX yang sedia membawakan cabaran kehidupan luar grid ke satu aras yang lebih tinggi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Direka menggunakan casis trak Chevrolet 6500 HD, ia dilengkapi dengan nadi bentangan V8 6.6 liter Duramax yang mampu menjana kuasa setinggi 350 hp dan 949 Nm.
 

SX


Untuk binaan badan motorhome ini, EarthRoamer menggunakan bahan gentian karbon dengan teknologi binaan yang digelar sebagai Proses Sedutan Hampagas (VIP).

Proses ini mampu menghasilkan binaan badan monocoque gentian karbon yang lebih kukuh dan ringan berbanding binaan badan RV tradisional.
 

SX


Untuk menyokong penambahan struktur badan yang besar itu, EarthRoamer memasangkan set tayar Goodyear bersaiz 43 inci, rim gred ketenteraan, bar anti-goyang tugas berat serta sistem suspensi udara.

Dengan dimensi yang agak besar sepanjang 10.3 meter dan lebar 2.4 meter, EarthRoamer SX ini mampu menawarkan ruang yang besar untuk enam orang tidur pada satu-satu masa, ruang makan, bilik air, ruang memasak serta pelbagai lagi kemudahan opsyen yang ditawarkan.
 

SX


Untuk menjalani kehidupan di luar grid tanpa rasa bimbang, EarthRoamer SX menawarkan ruang simpanan barang yang besar, tangki bahan api diesel sebesar 349 liter, tangki simpanan air bersih 546 liter, dibantu dengan panel solar 1,600 watt dan bateri storan tenaga lithium-ion 18,000 Wh.

Menurut EarthRoamer, kapasiti tangki air itu dikatakan mampu bertahan sehingga tiga minggu bergantung kepada penggunaan.
 

SX


Jika anda berminat, layari laman web EarthRoamer untuk meneliti senarai panjang kemudahan yang patut anda tambah pada motorhome idaman. 

Harus diingat, sebuah EarthRoamer SX yang 'asas' berharga dari $995,000 (RM4.39 juta), sementara versi SX yang lebih lengkap dengan segala macam peralatan dan kemudahan dijual pada harga bermula dari  $1,050,000 (RM4.64 juta).

Berita Berkenaan

Berita Global
Earthroamer XV-HD ini menggunakan casis daripada Ford F-750 dengan kuasa 330 bhp yang diekstrak…