E-Sukan guna platform perhimpunan motosikal cungkil atlet baru

oleh Hamimah Hamid|
PERSEKUTUAN E-Sukan Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet dalam bidang sukan elektronik itu.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata, usaha terbaru persekutuan itu untuk tujuan tersebut adalah melalui kerjasama penganjuran pertandingan sukan elektronik atau esport dengan pihak swasta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, perhimpunan motosikal dan kereta adalah salah satu platform terbaru yang digunakan untuk mencari dan melahirkan atlet-atlet berbakat dalam esport. 

 

"Sebelum ini kita promosi dan bawa esport melalui jabatan dan kerajaan, kini kita bekerja dengan pihak swasta pula. 

 

"Retromania Auto Show ini salah satu contohnya. Program ini  ada ramai peminat motosikal dan kereta berkumpul, jadi kita guna kesempatan ini untuk bawa esport," katanya. 

Peserta pertandingan

Muhammad Naim Al Amin berkata, sepanjang dua hari pertandingan esport diadakan di Retromania, lebih 150 penyertaan diterima. 

 

Katanya, sambutan memberangsangkan itu dilihat sangat memberi masa depan baru kepada esport yang turut mensasarkan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

 

Sementara itu bagi seorang bapa, Azli Sham Azmi, beliau sangat menggalakkan penyertaan anak-anaknya dalam esport. 

Anak² azli yg turut serta pertandingan

Menurut Azli Sham, kedua-dua anaknya Adeeb, 11 tahun dan Alif, 9 tahun telah digalakkan menyertai sukan elektronik itu kerana dilihat mempunyai masa depan ynag cerah. 

 

"Setiap hari saya memang galakkan mereka berlatih di rumah, memang nampak minat mereka. 

 

"Bila ada pertandingan macam ni memang saya galakan mereka untuk sertai," ujarnya.