Sejak diperkenalkan dalam tahun 1946, sebanyak 14 juta unit E-Class terjual di seluruh dunia, jumlah yang hampir separuh dari penduduk Malaysia.
Model terkini, W213 E-Class dilancarkan bulan Mac tahun lalu dan kini sudah dipasang di Pekan, Pahang. Ia juga bermakna sedan segmen D mewah ini layak menerima insentif CKD yang mengecualikan cukai duti eksais sebanyak 100 peratus dan kerana itu, harganya sekarang bermula dari RM326,943 atas jalan tanpa insurans (E200).
Di Malaysia, ada dua varian yang ditawarkan:
Mercedes-Benz E200 Avantgarde

• Enjin turbo M264 1,991cc 4-silinder 197hp dan 320Nm
• Transmisi 9G-Tronic
• Mod pemanduan Dynamic Select
• Sistem gantungan Agility Control
• Penggunaan bahan api 6.9-6.5L/100km
• Pecutan 0-100kph: 7.4 saat
• Kelajuan maksimum: 240 kmsj
• Harga RM326,943.19 (atas jalan tanpa insuran)
Walaupun ini ialah varian paling asas untuk E-Class di Malaysia, rekabentuk luarannya tidak langsung menampakkan fakta itu.

Contohnya, lampu hadapan masih kekal LED dengan sistem bantuan Adaptive Highbeam, roda aloi 18-inci dan dua corong ekzos di belakang.
Bahagian kabin pula kekal mewah, terutama dengan sistem multimedia MBUX canggih yang menggunakan Widescreen Cockpit - dua skrin 12.3 inci tersusun sebaris menjadikan papan pemuka secanggih pesawat.

Turut standard ialah Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem pengawasan tekanan udara tayar dan kamera undur.
Dari segi sistem bantuan keselamatan, E200 Avantgarde menerima Active Parking Assist dengan Parktronic, Blind Spot Assist, Keyless-Go, Pre-Safe dan Active Brake Assist (brek kecemasan kendiri).
Mercedes-Benz E300 AMG Line

• Enjin turbo M264 1,991cc 4-silinder 285hp dan 370Nm
• Transmisi 9G-Tronic
• Mod pemanduan Dynamic Select
• Sistem gantungan Agility Control
• Penggunaan bahan api 6.9-6.5L/100km
• Pecutan 0-100kph: 6.2 saat
• Kelajuan maksimum: 250 kmsj
• Harga RM375,432.19 (atas jalan tanpa insuran)
Varian E300 AMG Line menggunakan talaan yang berbeza dan semestinya ia lebih pantas dan laju.
Dari segi luaran, paling berbeza ialah gril hadapan yang lebih agresif, bersama bamper hadapan yang garang dan roda aloi AMG bersaiz 19-inci.

Lampu hadapan adalah dari jenis LED tetapi menggunakan sistem Multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus yang mampu menerangkan kawasan hadapan tanpa mengganggu pemandu lain.
Bahagian kabin adalah seperti E200 Avantgarde, tetapi ditambah dengan bumbung suria panoramik, pendingin hawa Thermotronic tiga zon, pengalas lantai AMG, sistem audio Burmester, stereng sport AMG dan pengecaj nirwayar untuk telefon pintar.

Sistem keselamatan elektronik juga sama seperti E200 Avantgarde tetapi dengan penambahan ciri-ciri kamera 60-darjah dan Pakej Bantuan Pemanduan yang terdiri dari:
• Active Distance Assist Distronic (adaptive cruise control)
• Active Steering Assist
• Active Brake Assist
• Active Lane Keeping Assist
• Active Blind Spot Assist
• Pre-Safe Plus.
Kedua-dua varian ditambah dengan fungsi Urban Guard yang mengunakan kepintaran digital dan perkakasan baharu yang menjaga keselamatan E-Class itu dari dicuri.
Contohnya, pakej Urban Guard Vehicle Protection menjadi "mata" untuk memerhatikan kenderaan itu setiap masa. Sistem penggera mempunyai deria yang tahu jika ia ditunda. Gangguan fizikal semasa parkir juga akan dikesan oleh Urban Guard. Pencerobohan ke dalam kabin pula akan menyebabkan amaran audio dan visual berlaku.
Paling menarik, aplikasi Mercedes me akan memberitahu pemilik jika E-Class mereka "diusik".
Pelan Pembiayaan Agility Step Up

Skim pembayaran ini direka khusus untuk keperluan pemanduan anda. Ia menyediakan kelebihan seperti pembayaran bulanan yang rendah dari RM2,388** sebulan untuk E200 dan RM2,988** sebulan untuk E300 AMG Line.
Selain dari itu, Pelan Pembiayaan Agility Step Up juga menyediakan pilihan perjanjian pembiayaan yang fleksibel, program MobilityPlus* dan nilai jual balik kenderaan anda yang lebih telus walau apa pun berlaku.
Untuk info lebih lanjut berkaitan pelan-pelan ini, anda boleh layari http://mb4.me/StepUpAgility atau menghubungi mana-mana Eksekutif Kewangan dan Insuran di Mercedes-Benz Autohaus
berhampiran.
* Unit gantian Mercedes-Benz wajib tersedia bila kenderaan anda dihantar untuk servis berkala atau tuntutan waranti, untuk 48 jam atau lebih.
** Pembayaran bulanan dikira berdasarkan tempoh pembiayaan 5 tahun dengan bayaran muka lebih kurang 10 peratus.