Dyson pindah ibu pejabat ke Singapura - lancar EV tahun 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

James Dyson, pemilik jenama Dyson yang terkenal dengan perkakasan elektrik rumah yang canggih dan stylo telah memindahkan ibu pejabat syarikatnya dari US ke Singapura.

James yang memiliki syarikat itu 100 peratus berkata tindakan beliau itu tiada kena mengena dengan isu Brexit tetapi lebih kepada memastikan masa hadapan syarikatnya terjamin.

Tindakannya itu tidak digemari oleh ramai di UK dan mengatakan ia adalah satu tindakan yang hipokrit.

Dyson pernah digelar sebagai salah satu kejayaan UK oleh David Cameron, bekas Perdana Menteri Britain dalam tahun 2014.

Selain dari pembersih hampagas yang cantik, Dyson juga diketahui sedang dalam proses membina kenderaan elektrik mereka yang pertama.

Syarikat itu telah mengambil Roland Kruger dari Infiniti Motor dan Nissan Motor untuk menjaga projek tersebut dan ia menggunakan komponen-komponen dari Malaysia, Thailand, Filipina dan lain-lain negara serantau.

Kenderaan elektrik Dyson dijangka akan dilancarkan pada 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh…
Berita Global
Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada,…