Duo CBR650R dan CB650R dilancarkan - harga bermula dari RM43 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran dunia dua roda Malaysia, Boon Siew Honda membawakan dua buah motosikal baharu segmen 650cc bersempena acara Malaysia Autoshow 2019.

Honda CBR650R dan Honda CB650R boleh dilihat pada booth Honda Motorcycle dari 11-14 April 2019 di MAEPS, Serdang. 

 

Honda CBR650R


Sports bike ini banyak mengambil inspirasi rekaan daripada Fireblade CBR1000RR seperti garis badan yang tajam dan agresif, fairing sisi, dan lampu utama LED berkembar. 

CBR650R mempunyai berat 6kg yang lebih ringan daripada CBR650F dan terima kasih kepada kedudukan handlebar yang diposisikan 30 mm ke hadapan, memberikan posisi tunggangan yang lebih sporty.

Enjin empat silinder sebaris 649 cc kini mampu melahu 1,000 rpm lebih tinggi, menghasilkan 70 kW pada putaran enjin 12,000 rpm. 

Spesifikasi terkini juga turut dilengkapkan seperti Separate Fork Function (SFF) 41 mm SHOWA, angkup brek hadapan radial-mount empat piston, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan klac assist/slipper.

 


Honda CBR650R didapati dalam dua warna menarik iaitu Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic manakala harga pula bermula dari RM45,499 atas jalan. 

 

Honda CB650R Neo Sports Cafe


Sebuah lagi model di bawah siri Neo Sports Cafe diperkenalkan iaitu CB650R dengan elemen cafe racer dan bahasa rekaan yang moden minimalis untuk motosikal kelas pertengahan.

Model ini membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan CB650R, dan enjin empat silinder sebaris yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 70 kW. 

Rupa premium turut diperlengkapkan dengan penggunaan fork USD SHOWA Separate Fork Function, angkup brek empat piston, Honda Selectable Torque Control (HSTC), klas assist/slipper dan paparan LCD.
 


Honda CB650R ditawarkan dengan warna Candy Chromosphere Red dan Graphic Black dengan harga jualan bermula dari RM43,499. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi spesifikasi, kedua-dua model masih mengekalkan kelengkapan yang sama, di mana ia…
Model Terbaharu
Kedua-dua jentera CB650R dan CBR650R ini menampilkan sistem suspensi hadapan fork Showa 41 mm jenis…
Tunggang Uji
Kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar cuba tampil dengan pengenalan model baharu yang membawakan…