Dulu studio reka bentuk Geely, sekarang jadi Lotus Tech Creative Centre

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dari kiri ke kanan, Ben Payne, Peter Horbury dan Russell Carr
Dari kiri ke kanan, Ben Payne, Peter Horbury dan Russell Carr
Bermula tahun 2022, studio reka bentuk Geely di Warwickshire, United Kingdom telah bertukar nama kepada Lotus Tech Creative Centre Limited (LTCC).

Penukaran itu adalah sebahagian daripada transformasi berterusan Lotus dari sebuah syarikat kereta sport UK kepada perniagaan kereta berprestasi dan jenama global.

Walaupun bertukar nama, LTCC kekal diterajui oleh pereka berpengalaman Ben Payne sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Studio.

Dari segi kemudahan, LTCC mempunyai kemudahan bertaraf dunia yang merangkumi reka bentuk luaran dan dalaman, stratergi reka bentuk, antara muka pengguna dan reka bentuk pengalaman pengguna.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Lotus Type 132

 

Di bawah seliaan Ben Payne, studio ini ditugaskan untuk menghasilkan model kenderaan elektrik baharu Lotus.

Satu daripada model yang akan dipertontonkan ialah SUV berprestasi elektrik pertama Lotus iaitu Type 132.

Ada lagi sebenarnya, selepas itu Lotus akan mempertontonkan coupe sport empat pintu Type 133 dan disusuli SUV saiz kecil Type 134.

Dengan barisan model elektrik tersebut maka benarlah bahawa bahawa Emira adalah kereta pembakaran dalaman (ICE) terakhir Lotus.

 

Lotus Type 132

 

Lagi kemudahan ialah visualisasi, kejuruteraan studio, pemodelan digital dan fizikal, warna, bahan dan kemasan.

Studio LTCC ini adalah tambahan kepada studio sedia ada Lotus dan saling berhubung dengan pereka di Hethel yang diketuai oleh Russell Carr.

Seperkara lagi Lotus sedang membangunkan Type 135, kereta sport EV pertama syarikat yang dikatakan sebagai pengganti Elise.

Menyelia kedua-dua studio reka bentuk tersebut ialah Peter Horbury yang dilantik sebagai Naib Presiden Kanan, Penasihat Eksekutif Reka Bentuk Lotus pada September 2021.

 

Lotus Type 132

 

Menurut beliau, kedua-dua studio tersebut bekerjasama dengan kemudahan Lotus di serata dunia seperti Ibu Pejabat Lotus Tech di Wuhan, China dan Pusat Inovasi Lotus Tech di Raunheim, Jerman.

Sebagai rujukan, Lotus Group adalah syarikat induk kepada subsidiari dan organisasi Lotus yang berkaitan.

Lotus Group dimiliki oleh Geely dengan pegangan saham sebanyak 51 peratus manakala baki saham dipegang oleh Etika Automotive, sebuah syarikat tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lotus Type 132