Duit turun dari langit!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan yang melibatkan sebuah trak perisai membawa wang tunai menyebabkan duit berterbangan di laluan New Jersey Route 3 di Amerika Syarikat kelmarin.

Kejadian jam 8.30 am itu menyebabkan kemalangan-kemalangan berlaku apabila kereta-kereta berhenti untuk memungut wang tunai yang berterbangan di atas jalanraya tersebut.

Not US$1, US$5 dan US$100 dilihat jatuh ke jalanraya umpama hadiah sempena Krismas dari langit.

Menurut laporan dari media US, trak tersebut sedang membawa sejumlah US$600,000 kepingan tunai.

Polis Indiana telah mengeluarkan amaran bahawa mereka yang mengambil wang tunai itu boleh ditangkap kerana mencuri.

Jika ia berlaku di hadapan anda, apa yang anda akan buat? 

Lihat video dari Twitter Sabrina Quagliozzi yang berada di atas bas di lokasi tersebut.