Duit bukan kepastian akan menang - Shell Eco-Marathon Asia

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara perkara yang menarik ketika pertandingan Shell Eco-Marathon Asia (SEMA) yang sedang berlangsung hari ini di Singapura ialah kepelbagaian atau diversity yang ditampilkan oleh 126 pasukan yang bertanding dari 18 buah negara Asia, termasuk Malaysia.

Sebagai sebuah benua terbesar, Asia mempunyai pelbagai jenis negara, dari negara dunia pertama seperti Jepun, Singapura dan Korea, negara membangun seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara-negara dunia ketiga.

Paling ketara ialah bajet yang mampu diperuntukan oleh setiap pasukan dan memang jelas kita boleh melihat dari mata kasar bahawa pasukan dari negara maju menampilkan jentera-jentera yang sangat moden dan profesional.

 

 

Ini mungkin disebabkan universiti atau kolej mereka mempunyai prasarana yang sangat lengkap, atau mereka mempunyai dana atau penaja untuk memberikan kontrak pembuatan kepada syarikat profesional.

Pastinya tidak adil kerana jika logik ini diterima-pakai, pusat pendidikan dari negara maju akan terus menggondol tempat pertama dalam kesemua kategori.

"Sebenarnya tidak. Kejuruteraan adalah sesuatu perkara yang tidak dibelenggu oleh bajet," terang Norman Koch, Pengurus Besar Shell Eco-Marathon.

 

 

"Pelajar kejuruteraan dari satu dunia akan bertanya soalan-soalan yang sama, walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang," terang Norman yang menganjurkan acara tersebut setiap tahun di Asia, Eropah dan US.

"Mereka akan bertanya soalan-soalan bernas yang sama, dan mereka juga akan tanya soalan-soalan kurang bijak yang sama juga," sambung Norman berjenaka.

"Tugas jurutera ialah untuk menyelesaikan satu masalah teknikal. Sekiranya bajet menjadi halangan, mereka akan fikirkan solusi terbaik mengikut bajet yang diberikan."

"Kerana itu, mungkin pelajar dari Asia mempunyai kefahaman lebih tinggi akan teknologi-teknologi sedia ada kerana mereka perlu lebih menghalusinya. Teknologi baharu masih mahal dan hanya mampu digunakan jika pasukan mempunyai dana yang besar," kata beliau lagi.

 

 

Norman juga berkata beliau melihat sendiri bagaimana banyak pasukan dari negara maju yang terlalu memberi fokus kepada teknologi canggih, tetapi lupa bahawa untuk memenangi acara SEMA ini, kenderaan yang mereka reka itu perlu efektif dan efisien.

"Fungsi asas kenderaan ialah ia mesti mampu bergerak, boleh dikemudikan dan tiada masalah untuk berhenti. Jika kenderaan itu menggunakan teknologi secanggih mana pun, tetapi semasa pertandingan, kenderaan itu tercabut rodanya atau mengalami kerosakan sistem stereng, ia tetap tidak akan berjaya."

 

 

Careta menyokong apa yang dikatakan oleh Norman. Contoh terbaik ialah syarikat kenderaan Mazda di mana ia adalah sebuah syarikat yang masih tidak bergabung dengan mana-mana gergasi lain.

Mazda masih menjadi sebuah syarikat yang kecil, tetapi untuk terus berdaya saing, mereka mempunyai inisiatif untuk menghalusi teknologi enjin pembakaran dalaman.

Hasilnya, teknologi SkyActiv yang sangat berkesan sehinggakan Toyota mengumumkan rasa hormat mereka kepada Mazda dan mahu bertukar teknologi dengan syarikat dari Hiroshima itu.

 

 

Contoh paling dekat ialah pasukan UiTM Shah Alam (gambar di atas) yang pernah menjadi juara SEMA empat tahun berturut-turut dalam kategori prototaip hidrogen.

Oleh kerana itu, jangan terlalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa. Walaupun kami di Careta tidak sehebat yang lain dan masih tidak dikenali oleh Neelofa, kami yakin ilmu yang dikongsi bersama pembaca akan membantu industri anak watan.

Dan untuk pembaca beragama Islam, Allah menjanjikan kebaikan untuk mereka yang berusaha.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…