Ducati Xdiavel 2021 tambah dua versi gelap: XDiavel Dark, XDiavel Black Star!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada penawaran model Scrambler baharu, Ducati turut memperkemaskan lagi penawaran model XDiavel dengan memperkenalkan dua versi baharu untuk model tahun 2021, iaitu XDiavel Dark dan XDiavel Black Star.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kedua-dua versi baharu XDiavel ini didatangkan dengan enjin Ducati Testastretta DVT 1262 yang kini melepasi piawaian Euro 5, dengan kuasa sebanyak 160 hp dan daya kilas 130 Nm @ 5,000 rpm, dibantu dengan pemetaan semula serta rekaan ekzos serba baharu yang diadaptasi dari model Diavel 1260.

 


Model XDiavel Dark menampilkan liveri berwarna hitam sepenuhnya di mana ia turut diaplikasikan pada komponen mekanikal, nombor plet, serta kemasan yang selari dengan prinsip rekaan Ducati "Reduce to the Max".

Selain daripada itu, roda aloi juga turut dipadankan dalam warna yang serupa, makakala pelana untuk tempat duduk belakang boleh didapati sebagai barangan opsyen dari katalog aksesori Ducati Performance.

 


Sementara model XDiavel Black Star pula hadir daripada inspirasi dunia kereta sports, dimulakan dengan liveri berwarna kelabu dan hitam matt yang diselangi dengan sentuhan elemen warna merah yang turut terdapat pada pelindung enjin.

Tempat duduk pula didatangkan dengan bahan suede yang premium dan sporti serta mampu memegang erat penunggang.

 


Penampilan XDiavel Black Star diserikan lagi dengan rim tempa yang dilayangkan warna hitam berkilat bersaiz 17 inci dan balutan tayar Pirelli Diablo Rosso III.

Sama seperti motosikal Ducati generasi terkini, XDiavel baharu ini dilengkapi dengan Unit Pengukuran Inersia (IMU) enam paksi daripada Bosch, serta ciri keselamatan lain seperti Bosch Cornering ABS, Ducati Traction Control, Cruise Control, dan Ducati Power Launch.