Ducati Superquadro Mono 659cc, enjin silinder tunggal baharu dari Ducati!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Superquadro Mono 2023
Ducati Superquadro Mono 2023
Pada tahun 1993 Ducati mengeluarkan motosikal lumba Supermono 550 yang digerakkan enjin silinder tunggal. Iya, Ducati bukan sahaja tentang V2 dan V4.

Sejarah berulang apabila Ducati memperkenalkan enjin silinder tunggal baharu Superquadro Mono dengan sesaran 659cc dan dilengkapi sistem Desmodromic.

Apa yang menarik ialah, enjin itu diasaskan dari enjin Panigale 1299 (1285cc Superquadro) yang mewakili evolusi maksimum enjin silinder berkembar Ducati.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Superquadro Mono 2023

 

Superquadro Mono menggunakan omboh 116 milimeter (mm) dari enjin Panigale, bentuk kebuk pembakaran dan injap pengambilan titanium 46.8 mm.

Turut digunakan injap ekzos keluli 38.2 mm dan sistem Desmodromic.

Nama Superquadro datang dari nisbah ekstrem di antara gerek dan lejang (lejang yang pendek) bagi mendapatkan kelajuan putaran yang tipikal pada enjin lumba.

 

Ducati Superquadro Mono 2023

 

Nisbah itu bersamaan 1.86 dan paling ekstrem di dalam kelasnya dengan ukuran lejang 62.4 mm. 

Gerek 116 mm pula membolehkan penggunaan diameter injap yang besar untuk prestasi dan satu yang mustahil jika tidak kerana sistem Desmodromic.

Sistem yang turut digunakan pada motosikal MotoGP Ducati membolehkan had pegas injap (valve spring) ditangani dan membolehkan angkatan injap (valve lift) yang ekstrem.

 

Ducati Superquadro Mono 2023

 

Melalui kaedah itu, sistem Desmodromic menyumbang kepada prestasi dan kelajuan putaran yang sangat tinggi secara signifikan.

Dari segi prestasi, Superquadro Mono menghasilkan 77.5 kuasa kuda (hp) pada 9,750 rpm dan boleh mencecah sehingga 10,250 rpm.

Angka itu belum pernah dicapai enjin silinder tunggal untuk jalanan. Daya kilas 63Nm pada 8,000 rpm dengan ekzos asal.

 

Ducati Superquadro Mono 2023

 

Enjin dengan ekzos lumba Termignoni pula menghasilkan 85 hp pada 9,500 rpm dan tork 67Nm.

Dipadan bersama enjin ialah kotak gear enam kelajuan. Kotak gear itu menggunakan nisbah perlumbaan yang dibuat hasil dari input dan pengalaman bersama Panigale V4. 

Gear pertama mempunyai julat panjang untuk diguna pada selekoh perlahan. Kotak gear itu juga boleh dipasang penukaran gear Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down.

 

Ducati Superquadro Mono 2023

 

Ciri-ciri teknikal Ducati Superquadro Mono

  • Enjin menegak 659cc, silinder tunggal 
  • Gerek x lejang 116 x 62.4 mm
  • Nisbah mampatan 13.1:1
  • 77.5 hp pada 9,750 rpm dan tork 63Nm pada 8,050 rpm
  • 85 hp pada 9,500 rpm dan tork 67Nm dengan ekzos lumba Termignoni
  • Tong (barrel) silinder aluminium
  • Pembahagian Desmodromic gabungan rantai dan gear
  • 4 injap setiap silinder, injap titanium 46.8 mm, injap ekzos keluli 38.2 mm
  • Aci engkol tak simetri, galas (bearing) utama dengan diameter berbeza
  • Dua aci lawan (countershaft) penyeimbangan (depan dan belakang) dengan fungsi kawalan pada pam air dan minyak
  • Takungan separa kering dengan pam penghantaran dan pengembalian (recovery)
  • Saduran Diamond Like Carbon (DLC) pada pin omboh dan lengan jumpelang (rocker arm) sistem Desmodromic
  • Badan pendikit 62 mm (bentuk membujur)
  • Tukaran minyak pada 15,000 km
  • Pemeriksaan dan pelarasan injap (VC) pada 30,000 km

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Superquadro Mono 2023

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal…