Ducati Streetfighter V4 edisi Lamborghini - dari RM304k di US

oleh Mohamad Hanif|
Warna merah sememangnya sinonim dengan jenama Ducati.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, menerusi kolaborasi bersama Lamborghini, Ducati kini memperkenalkan sebuah model Streetfighter V4 edisi Lamborghini yang diinspirasikan daripada Huracan STO, serta warna Verde Citrea dan liveri Arancio Dac yang agak menonjol untuk sebuah Ducati.

Antara perubahan yang muncul termasuklah rekaan mudguard depan, pelindung tangki, belly pan dan bahagian ekor yang direka semula mengikut elemen rekaan Lamborghini.
 

Streetfighter V4


Tidak ketinggalan, bahagian extractor jeriji, liang ventilasi dan sistem kemasukan udara telah diberikan sentuhan elemen Huracan STO.

Sistem suspensi menampilkan fork depan Ohlins berwarna hitam, manakala sistem brek pula terdiri daripada angkup brek Arancio Dac Brembo.

Streetfighter berwarna hijau terang ini telah dilengkapi dengan rim tempa, diikuti dengan beberapa komponen yang diperbbuat daripada gentian karbon, rekaan pelana khas, tempat pemijak kaki aluminium billet, tuil brek dan klac yang telah diringankan serta peredam ekzos titanium Akrapovic dengan penutup gentian karbon.
 

V4


Terdapat plet logam di bahagian pelindung tangki gentian karbon yang menampilkan nama model serta nombor sisi.

Skrin paparan TFT juga turut diberikan animasi permulaan khas yang menampilkan logo Ducati dan Lamborghini, serta garis bayang jentera ini.

Hanya 630 unit sahaja Streetfighter V4 Lamborghini yang akan diproduksikan, namun khas untuk pemilik jentera Lamborghini terdapat versi yang dikenali sebagai Ducati Streetfighter V4 Lamborghini Speciale Clienti.
 

V4


Dihasilkan sebanyak 63 unit sahaja, pembeli versi terhad ini boleh menempah warna Streetfighter yang sama seperti model Lamborghini yang dimiliki menerusi program Centro Stile Ducati.

Spesifikasi enjin masih lagi standard tanpa sebarang perubahan mekanikal, di mana enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc itu berupaya menjana kuasa setinggi 208 hp.

Harga jualan untuk sebuah Streetfighter V4 Lamborghini bermula dari $68,000 (RM304,232), dan $83,000 (RM371,342) untuk varian Speciale Clienti.

Pembeli juga boleh mendapatkan helmet, jaket kulit dan juga sut perlumbaan yang boleh disesuaikan warnanya.


HELMET

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…