Ducati Streetfighter V4 2020 rasmi masuk Malaysia - bermula dari RM116 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diberitakan tempoh hari, Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar sah produk Ducati di Malaysia akhirnya secara rasmi membawa masuk model terbaharu Ducati Streetfighter V4 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan sebuah Panigale V4 yang telah dibuang kerangka reraupnya, serta didatangkan dengan handlebar yang lebih tinggi dan lebar dan mempunyai berat kering 178 kg.

Ducati Streetfighter V4 2020 hadir dengan enjin Desmosedici bersesaran 1,100 cc yang mampu menghamburkan 208 kuasa kuda pada 12,500 rpm dan 122.6 Nm daya kilas pada putaran enjin 11,500 rpm.

 


Rupa Streetfighter V4 menampilkan ciri lampu utama LED penuh yang serba minimalis, serta lampu DRL berbentuk V yang mengingatkan kita kepada watak komik Joker.

Rekaan lampu utama yang kompak itu diiringi dengan rekaan sirip sisi berlapis, sementara deflektor belakang membenarkan aliran udara daripada menyentuh tangki secara terus.

Rekaan yang elegan namun agresif ini diteruskan dengan pelindung hadapan yang menyembunyikan segala pendawaian yang diperlukan pada skrin TFT.

 


Untuk memastikan kawalan jentera ini lebih terkawal pada kelajuan yang tinggi, Ducati telah memasang pakej elektronik berdasarkan unit pengiraan inertia enam paksi (6D IMU) yang mampu mengesan sudut roll, yaw dan pitch, input pecutan dan brek, serta kadar cengkaman tayar.

Sementara model yang lebih berkuasa Streetfighter V4 S pula hadir dengan kelengkapan yang lebih menyeluruh seperti rim tempa Marchesini, sistem suspensi Ohlins (fork hadapan NIX30 43 mm dan monoshock TTX36) yang boleh dilaras secara elektronik.

Ciri tersebut menggunakan sistem Ohlins Smart EC 2.0 yang membenarkan antaramuka yang lebih mesra pengguna, selain menggunakan keupayaan penuh sistem IMU 6D itu tadi.

 


Harga jualan pula adalah seperti berikut:
Ducati Streetfigher V4 - RM115,900.00
Ducati Streetfigher V4 S - RM145,900.00

Baca: Enam perkara berkenaan Ducati Streetfighter V4 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan kembar naked kepada jentera Ducati Panigale V4 dan…
Pelancaran Motosikal
Menjanjikan lebih kuasa dan rupa yang lebih agresif, Ducati Streetfighter V4 2020 hadir dengan…