Ducati Smart Jacket tampil teknologi beg udara D-air® Dainese - RM4,299!

oleh Mohamad Hanif|
Meneruskan lagi komitmen dalam memastikan keselamatan penunggang motosikal, Ducati baru-baru ini dengan kerjasama Dainese memperkenalkan Ducati Smart Jacket.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ducati Smart Jacket menampilkan teknologi beg udara Dainese yang dikenali sebagai D-air® dan sesuai untuk semua keadaan jalan serta boleh didapati dalam versi lelaki atau wanita.
 


Sistem beg udara pada vest ini dikawal dengan unit kawalan elektronik yang mampu menganalisa data 1,000 kali untuk setiap saat, dan ia akan mengaktifkan sistem perlindungan secara automatik apabila sistem mengesan insiden yang tidak diingini seperti gelinciran, pelanggaran dari arah belakang, atau impak dengan bendasing.

Sistem elektronik ini mempunyai empat bacaan LED (biru, merah, kuning dan hijau) serta mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 26 jam dan boleh dicas kembali dengan menggunakan slot pengecasan USB.
 


Menurut Ducati, tahap perlindungan yang ditawarkan oleh Smart Jacket ini adalah menyamai tujuh unit pelindung belakang Level 1.

Walaupun ia disifatkan sebagai sebuah 'beg udara' yang boleh dipakai, Ducati Smart Jacket amat ringan dan mudah untuk dilipat dan disimpan selepas melakukan sesebuah perjalanan.

 


Harga jualan untuk Ducati Smart Jacket bermula dari RM4,299 dan boleh didapati di Ducati Malaysia.