
Ducati pula melalui siri Scrambler sedang sibuk mengembangkan segmen ini supaya tidak bergantung kepada penawaran sedia ada.
Jika bercakap tentang bisnes massa, mana-mana pun sifirnya ialah skala ekonomi dan ini apa yang dilakukan oleh Ducati.
Scrambler 1100 pertama kali dipamerkan pada EICMA 2017 dan ia adalah kempen terbaru Ducati dalam meluaskan tawaran motosikal dengan falsafah Land of Joy.
Enjin bersaiz 1079 cm3 yang digunakan pada Scrambler 1100 ini mempunyai tujahan yang kuat pada kelajuan rendah dan ia adalah poin utama dan kelebihan model ini.
Setup casisnya pula dibuat lincah yang juga identiti jenama Scrambler.
Selain itu, Ducati juga melengkapi Scrambler ini dengan pakej elektronik yang diperbarui seperti ABS Cornering dan Kawalan Cengkaman.
Tiga versi bakal ditawarkan kepada pasaran iaitu Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.
Seperti biasa motosikal ini akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu bermula pertengahan bulan ini.
Penulis: Muhammad Md Tajudin