Ducati Red Weekend 3.0 4-5 Ogos ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati Malaysia akan menganjurkan acara tahunan Red Weekend 3.0 di Ducati Petaling Jaya pada 4 dan 5 Ogos ini.

Red Weekend mensasarkan pemilik-pemilik Ducati di seluruh negara untuk berhimpun dan berkongsi minat mereka serta menghiburkan diri dengan acara-acara yang telah disediakan oleh Next Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal Ducati di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara acara-acara yang bakal menanti ialah persembahan muzik, food-truck, sesi tunggang uji dan banyak lagi.

Untuk yang mahu membeli-belah, rebat dan tawaran istimewa diberikan untuk barangan rasmi Ducati, pakaian, alatganti dan aksesori.

Peminat Ducati dan juga semua yang berminat dijemput datang kerana anda berpeluang menunggang uji model-model terkini seperti Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.

Untuk yang menempah sebuah Ducati semasa acara hujung minggu itu, mereka akan menerima sesi tunggang uji di Petaling Jaya oleh jurulatih Ducati Riding Experience (DRE).

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…