Ducati raih hasil RM2.4 bilion dalam 6 bulan, pembeli di China semakin ramai

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Multistrada V4 S
Ducati Multistrada V4 S
Ducati nampaknya berada di dalam prestasi yang cemerlang. Hasil yang diraih dari Januari hingga Jun 2022 menyaksikan peningkatan 5.4 peratus kepada 542 juta euro (RM2.47 bilion)!

Prestasi itu dicapai di sebalik krisis pembekalan dan logistik dan menariknya angka tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh enam bulan.

Keuntungan operasi meningkat 14.8 peratus, dari 59 juta euro kepada 68 juta euro berbanding tempoh sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Claudio Domenicali - CEO Ducati

 

Lebih 33 ribu motosikal

Dari segi jualan pula, sebanyak 33,265 motosikal dihantar kepada pelanggan di serata dunia. Jumlah itu sebenarnya menyusut 3.6 peratus berbanding enam bulan pertama 2021.

Peningkatan prestasi kewangan itu antaranya oleh permintaan tinggi dari pelanggan, disiplin dalam kos tetap dan margin yang lebih baik.

 

Ducati Motor Holding factory

 

Pasaran China semakin berkembang

Dari segi permintaan, pasaran terbesar ialah negara kelahiran Ducati sendiri dengan penghantaran sebanyak 6,028 unit diikuti Amerika Utara sebanyak 5,239 unit.

Pasaran ketiga ialah Jerman sebanyak 3,745 unit dan Perancis 2,647 unit. Pasaran China pula berkembang sebanyak 12 peratus dengan jumlah penghantaran 2,411 unit.

Model mana paling laris?

 

Ducati Multistrada V4 S

 

Sejak dilancarkan pada 2020, Multistrada V4 telah menjadi pilihan ramai dan jualan untuk enam bulan pertama 2022 ialah sebanyak 6,139 unit!

Tempat kedua diduduki oleh Monster dengan jumlah 4,776 unit dan tempat ketiga dipegang Scrambler Ducati 800 sebanyak 3,999 unit.

 

Ducati Scrambler Urban Motard

 

Lebih 90 buah negara

Setakat ini Ducati berada di lebih 90 buah negara dengan 797 pengedar, 21 daripadanya baru sahaja dibuka dalam tempoh enam bulan pertama 2022.

Di pasaran tempatan, Ducati Malaysia baru sahaja melancarkan Panigale V4 dan Panigale V4S pada harga permulaan RM145,900 dan RM188,900.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

DUCATI PANIGALE V4S 2022

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…