Ducati perkenalkan dua Panigale V4 edisi terhad, hanya 260 unit dihasilkan setiap satu

oleh Danial Yasin Suhaimi|

2022 telah menjadi tahun amat bermakna untuk Ducati apabila berjaya mencipta sejarah untuk memenangi kejohanan MotoGP dan WorldSBK pada musim yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini bertempat di Bologna, Itali, sempena menyambut kemenangan berganda pertama dalam sejarah, Ducati telah menghasilkan 2 jenis Panigale V4 S edisi terhad yang telah ditayangkan pada acara "Campioni in Piazza2".

 

pecco

 

Panigale V4 S itu diinspirasikan daripada motosikal Desmosedici GP dan Panigale V4 R yang digunakan juara MotoGP dan WorldSBK iaitu Francesco Bagnaia dan Álvaro Bautista

Kedua-dua siri istimewa itu diasaskan dari sebuah Panigale V4 S, dimana ia menampilkan liveri motosikal Pecco Bagnaia #63 dan Álvaro Bautista #19.

 

alvaro

 

Setiap motosikal didatangkan dengan autograf asal kedua penunggang tersebut pada tangki beserta nombor siri dan hanya 260 unit sahaja dihasilkan sempena pada tahun 1926 syarikat itu diasaskan.

Replika Panigale V4 2022 Juara Dunia itu ditawarkan dengan konfigurasi tempat duduk tunggal sahaja dan dipertingkatkan oleh pengapit atas aluminium bilet bersama laser ukiran nama model dan nombor progresif.

 

pecco

 

Ia didatangkan dengan komponen teknikal seperti klac kering STM-EVO SBK sembilan cakera, penyenyap ekzos Akrapovič dimana ianya 2 kg lebih ringan daripada penyenyap asal, sistem brek Brembo dipertingkatkan oleh angkup Stylema® R dan silinder induk MCS, pemijak kaki boleh laras aluminium bilet Rizoma dan plexiglass perlumbaan.

Setiap motosikal akan dihantar bersama kotak pembungkusan dengan grafik khusus dan akan disertakan dengan sijil ketulenan, penutup basikal tersuai dan sistem pemerolehan data Ducati Data Analyser+.

 

Alvaro

 

Bagi pembeli yang ingin menguji prestasi motosikal tersebut di litar, mereka akan ditawarkan aksesori tambahan yang disediakan seperti penutup klac terbuka gentian karbon, kit penyingkiran nombor plat dan cermin serta penutup bahan api lumba aluminium bilet.

Sama seperti Panigale V4 S, ianya dikuasakan enjin V4 Desmosedici Stradale 1,103cc menghasilkan 210 HP dan 123 Nm. Harga bagi sebuah motosikal edisi terhad itu bermula dari USD63,000 atau RM278,743.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…
Pelancaran Motosikal
Diavel V4 Cruiser sporti pertama Ducati ini datang dengan enjin 1,158cc V4 Granturismo yang…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi Desmosedici Stradale 1,103 cc yang telah dikemaskini dengan beberapa…