Ducati perkenal enjin baharu V4 Granturismo - lebih ringan, lebih berkuasa! (170 hp/125 Nm)

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pengenalan rasmi Multistrada V4 2021 pada bulan hadapan, Ducati dalam masa yang sama turut mendedahkan beberapa klu tentang enjin yang bakal menjana kuasa pada generasi baharu tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tirai telah pun disingkap, memperkenalkan, Ducati V4 Granturismo!

Enjin baharu V4 Granturismo ini mempunyai sesaran 1,158 cc yang mampu menghasilkan 170 kuasa kuda (@10,500 rpm) dan 125 Nm (@8,750 rpm), peningkatan kecil berbanding Testastretta (158 hp/130 Nm) pada model Multistrada 1260.

 


Namun, jika dibandingkan dengan enjin L-twin tersebut, enjin V4 baharu ini memiliki dimensi 85 mm lebih pendek, 95 mm lebih rendah, 20 mm lebih lebar dan 1.20 kg lebih ringan.

Sama seperti enjin V4 yang lain, Granturismo ini menampilkan ciri crankshaft jenis putaran balas (counter-rotating) dan menggunakan tertib pembakaran twin-pulse (bermula dari silinder kiri hadapan kepada silinder kiri belakang, diikuti silinder kanan hadapan ke silinder kanan belakang).

 


Menurut Ducati, profil camshaft dan kelajuan pengangkat injap telah ditala khusus untuk keperluan touring Multistrada tanpa mengorbankan prestasi yang diidamkan.

Selain daripada itu, tempoh penyelenggaraan untuk servis Ducati (bukan penukaran minyak hitam) kini ditetapkan setiap 60,000 km, dua kali ganda jarak berbanding enjin sedia ada.

Ducati Multistrada V4 difahamkan sudah pun memasuki fasa produksi, dan merupakan motosikal pertama yang dilengkapi dengan sistem radar depan dan belakang, serta sistem kawalan adaptive cruise control.

 


Pelancaran rasmi Ducati Multistrada V4 bakal berlangsung pada 4 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…