Ducati Panigale V4 versi Polis - Ada berani?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Unit rondaan Polis di serata dunia memang menarik untuk diperhatikan. Ada pelbagai kenderaan dan yang menarik semestinya sama ada di Dubai atau Itali dengan barisan kereta eksotik seperti Lamborghini.

Di negara kita juga hebat, Helang Lebuhraya menggunakan Mitsubishi Evolution 10 yang sentiasa menarik perhatian dan menggerunkan jika mengejar dari belakang.

Bagaimana pula dengan motosikal?

Unit rondaan PDRM menggunakan Kawasaki Ninja 250R yang menaikkan imej penguatkuasaan di samping menambah kecekapan anggota Polis dalam menjalankan tugas mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Panigale BikeSafe

 

Di United Kingdom nampaknya lebih istimewa di mana Polis Staffordshire telah menerima seunit Ducati Panigale V4 baharu.

Seunit sahaja?

Iya, sebenarnya Ducati meminjamkan Panigale V4 ini untuk projek BikeSafe. Projek ini bukan untuk rondaan, kejar-mengejar atau menangkap suspek tetapi sebagai alat untuk mengajar tentang keselamatan bermotosikal.

Projek ini dijalankan oleh sejumlah pasukan Polis di UK. Sasarannya ialah untuk mengurangkan kadar kecederaan penunggang di jalan raya melalui kelas keselamatan yang dianjurkan.

 

Ducati Panigale BikeSafe

 

Fokus BikeSafe ialah supaya tunggangan menjadi suatu yang menyeronokkan dengan menambah baik skil, pengetahuan dan kesedaran bahaya yang akhirnya dapat memberikan tunggangan lebih selamat.

Kelas keselamatan yang dianjurkan menerokai risiko-risiko bahaya yang dihadapi oleh penunggang.

Melalui pembentangan teori dan juga demonstrasi tunggangan, kelas BikeSafe dapat membantu penunggang dalam mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka serta menambah baik skil tunggangan.

Melalui penggunaan Panigale V4 pula dijangka akan menarik minat ramai penunggang dan seterusnya menguji motosikal hebat ini.

 

Ducati Panigale BikeSafe

 

Siapa yang tidak seronok, kelas keselamatan dapat, uji Panigale V4 pun dapat. 

Andai kata Ducati UK sumbang terus Panigale V4 kepada unit rondaan Polis UK pun lagi hebat. 

Selain itu, bercakap tentang Helang Lebuhraya, rasanya Mitsubishi Evolution 10 sudah pun berusia. Sudah sampai masanya digantikan dengan helang baharu.

Honda Civic Type R pilihan yang bagus bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…