Ducati Panigale V4 SP 2021 - jentera litar untuk amatur

oleh Mohamad Hanif|
Tak cukup dengan kehadiran Panigale V4 sedia ada, Ducati baru-baru ini melancarkan sebuah senjata litar lumba yang disifatkan sebagai sebuah motosikal yang 'mudah' untuk dikawal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ducati Panigale V4 SP 2021, sekali imbas membawakan penampilan yang hampir serupa dengan jentera Panigale V4 yang diperkenalkan sebelum ini.

Namun ia dibezakan dengan kehadiran elemen gentian karbon pada sayap sisi, mudguard, serta set rim lima batang itu juga dikatakan menggunakan bahan daripada gentian karbon dan dibaluti dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP.

 


Kemasan lain termasuklah tempat pemijak kaki dan steering stem daripada billet aluminium, serta pelindung tumit kecil daripada bahan gentian karbon.

Rupa Panigale V4 SP ini hadir dengan layangan warna hitam matte, hiasan  warna aksen merah dan tangki bahan api aluminium dengan kemasan berus terdedah.

Penggunaan bahan gentian karbon itu tadi mampu mengurangkan berat badan Panigale V4 SP ini kepada 172 kg, lebih ringan berbanding jentera standard Panigale V4 S dan Panigale V4.

 


Sistem suspensi jentera ini terdiri daripada fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras dan peredam TTX36, selain menerima ciri pelarasan peredam dan pemampat elektronik.

Sistem brek pula adalah Brembo Monobloc Stylema terdiri daripada angkup empat omboh dan cakera berkembar 330 mm depan, dan angkup omboh berkembar dengan cakera 245 mm di belakang, dibantu dengan sistem Bosch Cornering ABS EVO.

 


Kelengkapan elektronik yang dipasang pada model SP ini termasuklah power launch, quick shift up and down EVO 2, kawalan cengkaman, kawalan wheelie, kawalan gelincir, dan kawalan brek enjin.

Ducati menawarkan pakej tambahan terdiri daripada aksesori khas untuk kegunaan litar seperti pelindung pendikit klac gentian karbon, plag untuk membuka plet pendaftaran, Ducati Data Analyzer dan modul GPS.

 

 


Ducati Panigale V4 SP dikuasakan oleh enjin Desmosedici Stradale V4 90 darjah bersesaran 1,103 cc yang berupaya menjana 214 kuasa kuda @ 13,000 rpm dan daya kilas 124 Nm pada putaran enjin 9,500 rpm.

Harga jualan untuk Panigale V4 SP 2021 bermula dari $37,000 (RM151,282).