Ducati Panigale V4 R rasmi di Malaysia - Enjin 998 cc, 218 HP, RM458,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ducati Malaysia memperluaskan bagi barisan model Panigale V4 dan V4 S, melalui pelancaran model Panigale V4 R serentak dengan pelancaran bilik pameran Ducati Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina berpaksikan prestasi, Panigale V4 R dibina khusus untuk menguasai litar, dimana ia dikuasakan enjin Desmosedici Stradale R 998 cc dengan putaran enjin tertinggi sehingga 16,500 rpm dan mampu menghasilkan 218 HP.

 

2

 

Dengan hanya menambah sistem ekzos lumba, kuasa yang dihasilkan akan meningkat sehingga 240.5 HP, manakala sistem ekzos titanium Akrapovic pula mengurangkan sebanyak 5 kg berat dan meningkatkan kuasa sehingga 237 HP.

Komponen dalam enjin juga dipertingkatkan seperti rod penyambung titanium 'gun-drilled', piston lima gram lebih ringan, intake cam dengan lift 1 milimeter (mm) lebih tinggi serta salur udara 5 mm lebih pendek.

 

3

 

Menjadi juara di litar, Panigale V4 R menjadi peneraju yang meningkatkan penggunaan komponen aerodinamik pada motosikal berkuasa tinggi.

Panigale V4 R baharu turut dilengkapi sayap biplane aerodinamik yang memberikan daya turun (downforce) seperti versi sebelum ini, namun ia kini direka untuk mengurangkan seretan dan meningkatkan kestabilan.

 

4

 

Ia turut menggunakan casis yang telah dioptimumkan untuk ketangkasan dan pengendalian, bagi memberikan tunggangan yang lebih dinamik di litar.

Pada bahagian suspensi, ia dilengkapi fork Ohlins NPX25/30 yang masih dilaras secara mekanikal di depan, serta penyerap Ohlins TTX36 boleh laras di belakang.

 

6

 

Dilengkapi teknologi terkini, Panigale V4 R didatangkan dengan bantuan elektronik baharu termasuk mod info Track EVO, Power Mode, Ducati Quick Shift (DQS) dan perisian Engine Brake Control (EBC) EVO 2.

Untuk pasaran Malaysia, Panigale V4 R baharu ditawarkan dengan corak istimewa MotoGP, yang menampilkan penggunaan nombor '1'.

 

5

 

Buat pertama kalinya, Panigale V4 R akan dibina sebagai siri bernombor, dengan nama dan nombor progresif modelnya dipaparkan pada bahagian tengkuk casis.

Harga asas bagi model Panigale V4 R ditawarkan pada RM458,900, semestinya sesuai dengan pakej dan teknologi yang ditawarkan untuk peminat berkemampuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…