Ducati Panigale V4 R jadi LEGO, lepas 'gian' sebelum miliki motosikal sebenar

oleh Muhammad Md Tajudin|
LEGO sememangnya sebuah syarikat yang pandai mencuri tumpuan. Ada sahaja projek yang menarik perhatian seperti kerjasama dengan syarikat ternama Bugatti dan sebagainya.

Terbaru Ducati dan LEGO Group melancarkan siri terbaru dalam LEGO® Technic™ iaitu Ducati Panigale V4 R.

Model terbaru itu adalah hasil perjanjian perlesenan yang dimeterai baru-baru ini di antara LEGO Group dan Ducati Motor Holding.

Set ini adalah motosikal Ducati pertama yang dihasilkan dalam bentuk LEGO dan tampil dengan penghormatan terhadap Gaya, Kecanggihan dan Prestasi yang membentuk karakter jenama dari Itali itu.

Ini juga pilihan citarasa tinggi kerana Panigale V4 R berada dalam aras tersendiri. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LEGO® Technic™ iaitu Ducati Panigale V4 R.

 

Panigale V4 R adalah motosikal berprestasi tinggi Ducati yang disesuaikan untuk kegunaan jalan raya. Ia adalah motosikal Ducati paling berkuasa dan berprestasi tinggi setakat ini.

Panigale V4 R mempunyai kuasa 221 hp pada 15,250 rpm dari enjin 998 cc Desmosedici Stradale R.

Ada lagi yang lebih berkuasa iaitu 234 hp pada 15,000 rpm dari pakej Ducati Performance dengan ekzos perlumbaan Akrapovič.

Enjin tersebut sebenarnya dibangunkan untuk bersaing di dalam perlumbaan WSBK.

 

LEGO® Technic™ Ducati Panigale V4 R

 

Set LEGO Panigale V4 R ini nampak realistik dan seronok untuk dipasang dengan perincian komponen seperti suspensi, roda, blok enjin dan pelbagai komponen.

Set ini juga adalah model motosikal pertama dalam siri LEGO® Technic™ yang mempunyai kotak gear bagi simulasi perbezaan gear dan gaya tunggangan.

 

Berikut ialah 'spesifikasi' LEGO® Technic™ Ducati Panigale V4 R:

  • Direka untuk usia 10 tahun ke atas
  • Mempunyai 646 kepingan
  • Panjang 32 cm, tinggi 16 cm dan 8 cm lebar
  • Komponen seakan motosikal sebenar iaitu tongkat, batang ekzos, cermin depan dan panel meter
  • Handle dan suspensi yang berfungsi ala gerakan sebenar
  • Warna merah identiti ikonik Ducati  

 

LEGO® Technic™ Ducati Panigale V4 R

 

Kepada yang berkenan, set LEGO®  Technic™ Ducati Panigale V4 R boleh didapati dari pengedar Ducati, kedai dalam talian Ducati dan premis fizikal dan dalam talian LEGO. 

Set itu mula dijual pada 1 Jun 2020 dengan harga 59.99 Euro atau bersamaan RM285.

Untuk mereka yang berkenan dengan set sebenar Ducati Panigale V4 R pula, ia dijual di negara kita pada harga sekitar RM300,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dibina berpaksikan prestasi, Panigale V4 R dibina khusus untuk menguasai litar, dimana ia…
Berita Global
  Enjin Desmosedici Stradale R Seperti model 2022, Panigale V4 R menggunakan enjin 998 cc…
Berita Global
Menggunakan sebanyak 15,000 blok Lego Technic, pembinanya, Riccardo Zangelmi dan pasukannya telah…