Ducati Panigale V4 R diperkenalkan - 217 hp/112 Nm, harga bermula dari RM189k!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara EICMA 2018, jenama pengeluar motosikal dari Itali, Ducati telah memperkenalkan mesin lumba bagi memenuhi homologasi yang ditetapkan untuk kejuaraan WorldSBK, iaitu Ducati Panigale V4 R.

Dengan berat 2 kg lebih ringan berbanding Panigale V4 S, Ducati Panigale V4 R 2019 menampilkan beberapa perubahan terutama pada komponen dalaman enjin yang lebih ringan seperti piston forged, injap titanium, rod penghubung titanium, camshaft baharu dan throttle body yang lebih besar. 

Kesemua komponen tersebut menyumbang kepada peningkatan kuasa yang mampu dihamburkan oleh enjin Desmosedici Staradale R kepada 217 kuasa kuda dengan daya kilas maksimum 112 Nm
 


Sekiranya anda gemarkan eksoz prestasi Ducati Performance daripada Akrapovic, kuasa tersebut mampu dilonjakkan kepada 231 kuasa kuda pada putaran enjin 15,500 rpm menjadikannya motosikal paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Ducati. 

Turut kelihatan pada fizikal luaran Ducati Panigale V4 R ini ialah kehadiran winglet (tidak sah digunakan pada MotoGP), serta bukaan sirip udara pada fairing yang mampu meningkatkan aliran udara menerusi radiator, seterusnya membantu penyejukan enjin yang lebih berkesan. 
 


Sistem suspensi Panigale V4 R ini didatangkan dengan swingarm pivot mudah laras dan suspensi mekanikal dari Ohlins yang membantu mengurangkan lagi berat bersih motosikal ini, jika dibandingkan dengan unit yang dikawal secara elektronik. 

Ciri keselamatan juga tidak kurang lengkapnya dengan cornering ABS, kawalan cengkaman dengan IMU-assisted, kawalan wheelie, kawalan pelancaran serta kawalan gelongsor tayar belakang, kesemuanya dikawal secara elektronik. 
 


Untuk sebuah motosikal yang cukup hebat ini, harganya juga cukup hebat didengar dengan bukaan bermula dari €40,000 sahaja (RM189k++). 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd mengumumkan bahawa…
Berita Global
Walaupun jualan keseluruhan Ducati menurun 5% berbanding tempoh yang sama tahun Ducati masih…
Berita Domestik
  Panigale V4  • Colour  o    Ducati Red with grey frame and black wheels  • Main standard…