Ducati Panigale V2 dilancarkan - pengganti Panigale 959, 155 hp, 104 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu, di acara Ducati World Premiere yang berlangsung di Rimini, Ducati secara rasmi melancarkan model superbike baharu Ducati Panigale V2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan model Panigale V2 ini bertujuan menggantikan model Panigale 959 sekaligus menjadi model aras mula di dalam keluarga Panigale. 

Namun, dari segi rupa luaran, Ducati tidak mahu menganaktirikan Panigale V2, secara tidak langsung membawakan imej muka yang serupa, serta ciri lengan ayun jenis single-sided yang diambil secara terus dari model V-twin. 

 


Nadi yang menjadi jantung utama V2 merupakan enjin Superquadro bersesaran 955 cc menghasilkan 155 kuasa kuda pada putaran enjin 10,750 rpm dan daya kilas 104 Nm pada 9,000 rpm. 

Sisa-sisa pembakaran bahan api disalurkan ke udara menerusi sistem ekzos serba baharu yang dibantu dengan unit peredam yang lebih besar yang diposisikan sedikit menaik berbanding Panigale 959 dan Panigale V4.

Aspek pengendalian jentera ini bukanlah menggunakan sistem suspensi elektronik, sebaliknya dibantu dengan penggunaan fork hadapan Showa Big Piston dan penyerap hentak tunggal Sachs boleh laras sepenuhnya. 
 


Sistem pemberhentian pula menggunakan khidmat Brembo dengan angkup Monobloc M4.32 yang mencengkam cakera bersaiz 320 mm di bahagian hadapan. 

Jentera baharu itu juga turut menampilkan sistem elektronik yang serupa pada Panigale V4 yang merangkumi ciri seperti:

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO 
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
     


Selain daripada itu, Ducati telah menambah baik sistem kawalan cengkaman bagi mengurangkan kesan akibat pecutan secara kasar pada model terdahulu. 

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun didatangkan dalam warna hitam, ia turut disuntik dengan elemen warna kontras merah yang…
Berita Global
  Selain kilatan dan kilauan, warna putih yang digunakan berjaya menaikkan garis badan dan bentuk…