Ducati Panigale V2 2024 kini dengan warna hitam yang elegan

oleh Mohamad Hanif|
Ducati telah mengemaskini penawaran superbike Panigale V2 dengan pengenalan liveri baharu Black on Black yang lebih elegan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun didatangkan dalam warna hitam, ia turut disuntik dengan elemen warna kontras merah yang boleh didapati pada logo Panigale, jalur luar rim, serta perkataan Ducati pada tangki bahan api.
 

panigale


Secara standard, Ducati Panigale V2 dibekalkan dengan ciri-ciri superbike sejati termasuklah lengan ayun aluminium tunggal, kerangka monocoque, rekaan reraup dwi-lapis, serta dua bukaan udara besar yang turut menempatkan unit lampu LED penuh.

Sementara bahagian belakang pula membawakan rekaan 'bersayap' yang diinspirasikan daripada spoiler kereta, diikuti dengan rekaan lampu LED yang juga berbentuk sayap.
 

panigale


Ducati Panigale V2 dikuasakan oleh nadi Superquadro 955 cc yang berupaya menghamburkan kuasa setinggi 155 hp @ 10,750 rpm, serta daya kilas 104 Nm @ 9,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan yang dibantu dengan klac basah dan sistem penukar pantas Ducati Quickshift up/down EVO.

Segala sisa-sisa pembakaran disalurkan keluar menerusi unit peredam yang serba kompak, serta menempatkan unit penukar bermangkin berkembar bagi membolehkan superbike ini mematuhi piawaian pelepasan emisi Euro 5.
 

panigale v2


Menyumbang kepada pengendalian yang cemerlang di litar ialah kehadiran sistem suspensi fork hadapan Showa BPF 43 mm boleh laras, diikuti penyerap hentak tunggal Sachs di bahagian belakang, serta balutan tayar Pirelli Diablo Rosso IV Corsa bersaiz 120/70 ZR17 depan dan 180/60 ZR17 di bahagian belakang.

Terdapat beberapa mod tunggangan yang boleh dipilih menerusi skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci berwarna penuh.
 

panigale


Tidak ketinggalan, sistem kawalan inersia enam paksi yang membolehkan Ducati Panigale V2 ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kawalan elektronik termasuklah ABS Cornering EVO, Ducati Wheelie ControL EVO, Ducati Traction Control EVO 2, serta Engine Brake Control EVO.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain kilatan dan kilauan, warna putih yang digunakan berjaya menaikkan garis badan dan bentuk…
Pelancaran Motosikal
Pengenalan model Panigale V2 ini bertujuan menggantikan model Panigale 959 sekaligus menjadi model…