Ducati Panigale motor super sports bike paling laku pada 2019!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apa khabar Ducati ? Jenama motosikal berkuasa tinggi yang diminati ramai. Ducati menutup tirai 2019 dengan prestasi positif yang menyaksikan jualan sebanyak 53,183 unit berbanding 53,004 pada 2018.

Meskipun sedikit meningkat ia tetap berjaya melepasi angka 50,000 untuk tahun kelima berturut-turut.

Secara keseluruhan pasaran global untuk motosikal 500 cc ke atas berkembang sebanyak 1.4 peratus.

Perolehan syarikat setakat penghujung 2019 mencecah € 716 juta (RM3.38 bilion) dengan peningkatan 2.4 peratus berbanding € 699 juta (RM3.30 bilion) pada 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
DUCATI MOTOR HOLDING spa FACTORY 2016

 

Keuntungan operasi ialah € 52 juta (RM245.9 juta) berbanding € 49 juta (RM231.7 juta) pada 2018. Margin operasi ialah 7.2 peratus berbanding tujuh peratus tahun sebelumnya.

Perolehan untuk setiap angka jualan ialah sekitar €13,500 bagi sebuah motosikal dan merupakan nilai tertinggi dalam sejarah syarikat.

Model manakah yang menyumbang kepada pencapaian itu?

Tidak lain tidak bukan ialah Panigale dan Multistrada. Panigale adalah motosikal super sports bike terlaris dunia untuk tahun kedua berturut-turut.

 

Ducati MULTISTRADA 1260 ENDURO

 

Pegangan pasaran Panigale dalam segmen ialah 25 peratus manakala pengenalan 950 S dan 1260 Enduro yang diperbaharui membolehkan siri Multistrada merekodkan nilai jualan tertinggi sejak memasuki pasaran pada 2003.

Ducati Motor Holding sekarang ini mempunyai 1,655 pekerja dengan rangkaian jualan sebanyak 720 pengedar dan pusat servis di lebih 90 buah negara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…
Berita Global
  Enjin Desmosedici Stradale R Seperti model 2022, Panigale V4 R menggunakan enjin 998 cc…
Berita Global
Fairing hitam kusam      Imej paling jelas dibawa V4 SP2 ialah grafik Ujian Musim Sejuk (Winter…