Ducati nak buat motosikal elektrik, pembekal tunggal MotoE bermula 2023!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lakaran Ducati MotoE
Lakaran Ducati MotoE
Satu perkara menarik tentang Ducati ialah bagaimana perjalanan perniagaannya dikemudi.

Ducati adalah satu jenama yang sarat dengan sejarah namun ia bergerak cergas seperti orang muda.

Produk yang dikeluarkan pelbagai dan dari situ boleh dilihat bagaimana Ducati memanfaatkan skala ekonomi dengan baik.

Lebih menarik apabila Ducati bukan juara dunia di dalam perlumbaan MotoGP (kecuali Casey Stoner pada 2007) namun tetap mempunyai pengikut yang besar dan peminat sejati.

Ducati sebenarnya lebih hebat di dalam perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia.

Terbaru Ducati membuat satu langkah besar dengan menjadi pembekal tunggal motosikal elektrik untuk Piala Dunia FIM Enel MotoE™ bermula pada musim 2023.

Pembekalan itu juga adalah permulaan kepada era elektrik Ducati.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Claudio Domenicali and Carmelo Ezpeleta

 

Perjanjian yang dimeterai bersama Dorna Sports selaku penganjur dan penggalak (promoter) kejohanan itu akan berlangsung sehingga musim 2026.

Tidak dapat dipastikan apakah rancangan seterusnya Ducati dan ini adalah detik bersejarah buat pengeluar dari Itali itu.

Berdasarkan kebiasaan, Ducati menggunakan perlumbaan sebagai makmal untuk teknologi dan penyelesaian yang akhirnya menjadi realiti buat penunggang motosikal.

Ducati memaklumkan sasaran projek ini ialah untuk membangunkan kepakaran dan teknologi di dalam dunia yang sentiasa berubah.

Perlumbaan adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan Ducati.

Sebagai contoh, Ducati 851 dengan teknologi dua silinder sejukan air, suntikan bahan api elektronik dan aci berkembar dengan head empat injap datangnya dari motosikal lumba Ducati 748 IE.

Motosikal itu dipertandingkan buat kali pertama di dalam perlumbaan lasak (endurance) di Le Castellet, Perancis pada tahun 1986.

Selepas itu teknologi dipindahkan dari perlumbaan Kejuaraan Dunia Superbike yang disertai sejak edisi pertama tahun 1988 dan MotoGP di mana Ducati adalah satu-satunya jenama bukan Jepun yang memenangi kejuaraan dunia.

Banyak lagi contoh dari litar ke jalanan seperti enjin V4 Panigale dengan ukuran bore dan stroke dan aci engkol putaran berlawanan (counter-rotating crankshaft) dari enjin Desmosedici GP tahun 2014.

Bukan setakat komponen mekanikal, motosikal Ducati juga menggunakan perisian kawalan yang dibangunkan dari dunia perlumbaan.

Dengan langkah terbaru ini dan berdasarkan sejarah adakah Ducati bakal mengeluarkan motosikal elektrik satu hari nanti?

Atau Ducati mahu membangunkan rangkaian kuasa elektrik?

Tidak dapat dibayangkan andai kata Ducati mengeluarkan motosikal elektrik. Nampak seperti ya tapi ini hanya telahan sahaja.

Apa pun kita tunggu berita sahih dari Ducati dan apa yang jelas ialah tahun 2023 nanti motosikal elektrik Ducati akan berentap di litar lumba.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…