Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024 - kembara jarak jauh dengan lebih selesa

oleh Mohamad Hanif|
Ducati melengkapkan lagi penawaran barisan model Multistrada V4 dengan melancarkan varian baharu Multistrada V4 S Grand Tour 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dilihat bertindak sebagai pengganti kepada model Multistrada 1260 S Grand Tour yang pernah dilancarkan beberapa tahun lepas sebagai sebuah motosikal kembara yang serba lengkap dan selesa untuk tunggangan jarak jauh.

Dari segi kuasa, ia membawakan nadi Ducati V4 Granturismo bersudut 90 darjah bersesaran 1,158 cc, kuasa setinggi 170 hp @ 10,500 rpm dan daya kilas 125 Nm @ 8,750 rpm.
 

V4 GT


Secara standard, Multistrada V4 S Grand Tour ini datang dengan sistem Ducati Quick Shift (up/down), sistem pendikit Ride-by-Wire, sistem gantungan Ducati Skyhook, rim aloi saiz 19"/17" serta balutan tayar Pirelli Scorpion Trail II.

Terdapat juga sistem pencahayaan LED penuh, lampu bantuan LED, fungsi pemanas pelana dan pemegang pendikit, serta kotak pannier sisi untuk meletakkan barangan sewaktu menjelajah.
 

ducati


Skrin paparan TFT bersaiz 6.5 inci berwarna penuh itu menyokong sistem navigasi pemetaan dan Ducati Connect.

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour ini turut dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, serta penutup tangki minyak bebas tangan yang mampu memudahkan urusan pengisian bahan api.

Aspek pemberhentian pula terdiri daripada angkup Brembo M50 Stylema monobloc empat omboh dengan dua rotor 330 mm, diikuti angkup Brembo dua omboh dengan rotor bersaiz 265 mm.
 

Ducati


Ketinggian pelana pula sekitar 840 mm hingga 860 mm, didatangkan dengan aksesori tempat duduk tinggi (855 mm-875 mm), tempat duduk rendah (810 mm-830 mm), atau serendah 790 mm apabila dipadankan dengan kit suspensi rendah.

Ciri bantuan elektronik lain termasuklah mod tunggangan (Sport, Touring, Urban, Enduro), Mod Kuasa, ABS Cornering, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Ducati Cornering Light, Ducati Brake Light, Vehicle Hold Control, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD).