Ducati Multistrada V4 S 2022 ada Minimum Preload untuk rendahkan motosikal

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Multistrada V4 S 2022
Ducati Multistrada V4 S 2022
Ducati Panigale memang motosikal hebat namun ianya bukan motosikal terlaris jenama dari Itali itu.

Model mana paling laku? Multistrada V4 dengan jualan tahun 2021 hampir 10,000 unit!

Multistrada V4 di pasaran sekarang adalah dari generasi keempat dan hebat dengan teknologi canggih seperti radar depan dan belakang dan pertama seumpamanya untuk sebuah motosikal.

Ibarat sebuah kereta, Multistrada V4 dilengkapi sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Pengesanan Titik Buta (BSD).

Seperkara lagi, para jurutera telah memperkemaskan penyelenggaraan dengan VC (valve control) hanya perlu dibuat setiap 60,000 km sahaja.
Ducati Multistrada V4 S 2022

 

Untuk model 2022, Ducati memperkenalkan beberapa ciri baharu yang merangkumi penampilan dan sistem elektronik.

Khusus untuk Multistrada V4 S ada pilihan warna baharu iaitu Iceberg White dan tampil tenang untuk jenama yang sinonim dengan warna merah.

Warna putih adalah tambahan kepada pilihan sedia ada iaitu Ducati Red dan Aviator Grey.

Selain kosmetik, Multistrada V4 S 2022 dilengkapi sistem separa automatik pada suspensi elektronik iaitu Minimum Preload.

 

Ducati Multistrada V4 S 2022

 

Fungsinya ialah untuk merendahkan motosikal supaya lebih mudah dan senang untuk kaki menjejak tanah ketika tunganggan di bandar.

Sistem itu turut membantu pada kelajuan rendah terutama sekali semasa membawa pembonceng.

Lagi pembaharuan adalah kemaskini perisian pada bahagian infohibur (Ducati Connect) dan HMI (Antara muka Manusia-Mesin).

Kemaskini itu membolehkan pemilik menghubungkan telefon pintar tanpa perlu skrin diaktifkan dan turut ditawarkan secara percuma untuk pemilik Multistrada V4 S sedia ada.

 

Ducati Multistrada V4 S 2022

 

Selain ciri baharu, Ducati turut memperkemaskan pakej aksesori Ducati Performance.

Pemilik Multistrada V4 S boleh mendapatkan kit suspensi rendah yang terdiri daripada gegelung fork, gegelung penyerap hentak dan tongkat sisi.

Kegunaan utama kit tersebut ialah untuk merendahkan pelana dari tanah sebanyak 20 mm.

Untuk Multistrada V4 pula, pemilik boleh mendapatkan pelana rendah dengan penurunan 30 mm atau pelana tinggi dengan pertambahan 15 mm.

 

Ducati Multistrada V4 S 2022

 

Lagi kelengkapan aksesori yang diperkenalkan ialah kotak sisi dan kotak belakang aluminium yang direka oleh Centro Stile Ducati dan dibuat dengan kerjasama Givi.

Kotak sisi mempunyai kapasiti 76 liter dan 41 liter untuk kotak belakang.

Untuk lebih praktikaliti turut ditawarkan ialah beg dalaman yang diperbuat dari fabrik kalis air dan lengkap dengan logo Ducati.

Sebagai imbasan, Multistrada V4 2021 diperkenalkan di pasaran tempatan pada September lalu dengan harga permulaan RM135,900.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Multistrada V4 S 2022