Ducati Multistrada V4 2021 rasmi di Malaysia - bermula dari RM135,900

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dilancarkan secara rasmi pada pengujung tahun lalu di peringkat global, motosikal kembara Ducati Multistrada V4 2021 akhirnya mendarat di tanah air, Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan enjin V4 Granturismo 1,158 cc yang mampu menghamburkan 170 kuasa kuda dan 125 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan di mana nisbah gear telah dioptimasikan untuk kegunaan urban serta penjimatan penggunaan bahan api.

Menurut Ducati, enjin baharu ini hanya memerlukan penukaran pelincir untuk setiap 15,000 km dan servis major setiap 60,000 km.
 

V4


Jentera adventure touring ini membawakan dimensi yang lebih pendek dan rendah, dengan jarak antara roda sepanjang 1,567 mm dengan ketinggian pelana boleh disesuaikan bermula dari serendah 810 mm hingga 838 mm.

Casis aluminium monocoque pada Multistrada V4 baharu ini disokong dengan penggunaan suspensi fork hadapan terbalik Marzocchi 50 mm dengan jarak pergerakan 170 mm serta penyerap hentak tunggal dan jarak pergerakan 180 mm.

Set rim adalah bersaiz 19 inci hadapan dan 17 inci belakang di mana rim aloi standard boleh ditukarkan kepada rim jenis wire-spoke untuk model V4 S, yang mana model yang lebih tinggi itu didatangkan dengan sistem suspensi elektronik Marzocchi Ducati Skyhook.
 

V4


Sistem brek pula menggunakan brek Brembo dengan angkup empat omboh hadapan dengan bantuan rotor brek berkembar 320 mm, manakala brek belakang pula adalah bersaiz 265 mm, serta sistem Bosch-Brembo 10.3ME Cornering ABS.

Ducati Multistrada V4 datang lengkap dengan ciri standard seperti skrin paparan TFT berwarna bersaiz 5 inci, mod tunggangan (Sport, Touring, Urban dan Enduro), Ducati Wheelie Control dan Ducati Traction Control.

Sementara Ducati Multistrada V4 S pula ditawarkan dengan skrin yang lebih besar (6.5 inci) serta tambahan ciri Cruise Control, Vehicle Hold Control, sambungan peranti pintar, slot USB dengan ruang simpanan peranti pintar, bantuan mula jarak jauh, lampu membelok, dan quickshifter.
 

V4S


Harga jualan bermula dari RM135,900.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…