Ducati Multistrada V4 2021 motosikal pertama dengan sistem radar depan dan belakang

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, motosikal kembara Ducati Multistrada V4 bakal memasuki generasi keempat yang akan dilancarkan secara rasmi diperingkat global pada 4 November ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, pengenalan generasi terbaharu ini akan menjadi lebih istimewa memandangkan ia merupakan motosikal produksi pertama yang dilengkapi dengan sistem radar depan dan belakang.

Sistem radar ini dibangunkan bersama jabatan elektronik, informasi dan bio-kejuruteraan Politecnico Milano, Itali, dan menjadi sebahagian daripada Advanced Rider Assistance System (ARAS), dan memiliki dimensi sekecil kotak mancis, iaitu sekitar 70 mm x 60 mm x 28 mm.

 


Sistem radar hadapan disambungkan dengan sistem Adaptive Cruise Control (ACC) yang terdapat pada Multistrada V4, di mana ia mampu mengawal brek dan pendikit motosikal bagi mengatur jarak antara motosikal dari kenderaan di hadapan.

Terdapat sehingga 4 tahap yang boleh dikonfigurasikan dengan julat kelajuan antara 30 sehingga 160 km/j.

Sistem ACC berasaskan radar ini telah ditala untuk disesuaikan dengan dinamik dan tahap ergonomik motosikal, di mana penunggang mampu untuk mengawal tunggangan dalam apa jua keadaan.

 


Sementara unit radar belakang pula berfungsi sebagai sistem pemantauan titik buta yang memberikan amaran kepada penunggang kehadiran kenderaan dari arah belakang.

Angka output enjin Desmosedici Stradale V4 masih lagi tidak didedahkan secara rasmi oleh Ducati, tunggu sahaja pelancaran rasmi pada 4 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pertama sekali, Multistrada V4 RS satu-satunya model dalam siri Multistrada yang menggunakan…
Berita Global
  Motosikal ini dibuat untuk kembara dunia yang perlu melalui jalan lasak dan kota metropolitan…
Berita Global
Reka bentuk jentera touring yang 'hijau' ini dilihat mengambil inspirasi daripada Ducati…