Ducati Monster SP rasmi di Malaysia - Enjin 937 cc, 111 HP, RM98,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena pelancaran bilik pameran Ducati Kuala Lumpur baharu, Ducati Malaysia turut melancarkan satu lagi model baharu, iaitu Ducati Monster SP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah diperkenalkan secara global pada Januari lepas, Ducati Monster SP kini tiba sebagai keluarga baharu Monster untuk pasaran Malaysia.

 

2

 

Monster SP dikuasakan enjin Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan 111 HP, meletakkannya di aras tertinggi sebagai sebuah motosikal naked berkuasa tinggi.

Bagi meningkatkan pengendaliannya, Monster SP dilengkapi fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras serta angkup brek Brembo Stylema, dimana ia mengurangkan 0.5 kg berat.

 

3

 

Penggunaan bateri litium ion turut menyumbang kepada pengurangan berat, dimana berat keseluruhannya kini hanya 184.9 kg, berbanding 188 kg pada model asas Monster.

Antara kelengkapan lain yang didatangkan secara standard ialah ekzos Termignoni, tayar Pirelli Diablo Rosso IV dan steering damper.

 

4

 

Meningkatkan lagi kendalian dan prestasi brek, Monster SP didatangkan dengan bantuan tunggangan termasuk mod tunggangan baharu iaitu Wet, bersama mod tunggangan sedia ada, Sport dan Touring.

Monster SP juga dilengkapi sistem ABS Cornering, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control dan Launch Control.

 

5

 

Rupa luaran Monster SP turut menampilkan grafik yang diinspirasikan dari Panigale V4 dan corak MotoGP Ducati, dimana ia didatangkan dengan logo Ducati di tangki dan atas pelindung tempat duduk penumpang.

Untuk pasaran Malaysia, harga bagi keluarga Monster baharu itu ditawarkan bermula dari RM98,900.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…