Ducati Monster SP 2023, lagi ringan, guna ekzos Termignoni

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Monster SP 2023
Ducati Monster SP 2023
Ducati Monster adalah sebuah motosikal ikonik buatan Ducati, model naked ini telah berada di pasaran sejak tahun 1993 lagi.

Model terbaru diperkenalkan pada tahun 2021 dan dibawa ke pasaran tempatan pada Oktober tahun yang sama.

Betul, rangka Monster bukan jenis trellis seperti dahulu namun membawakan resipi model asal iaitu enjin yang sporti dan sesuai untuk kegunaan jalanan.

Terbaru Ducati menambah perisa dengan memperkenalkan Monster SP. Apabila diletakkan nama SP bermakna model ini istimewa seperti Ducati SP lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Monster SP 2023

 

Ducati memberi tumpuan supaya model ini lebih ringan dan seronok untuk ditunggang dan gaya lebih agresif.

Pertama sekali, skema warna yang digunakan ala motosikal lumba Desmosedici GP Ducati Lenovo.

Pelana dibalut warna merah dengan logo Monster SP pada pelana belakang dan logo Ducati yang lebih besar ala Panigale V4 pada tangki.

Kombinasi warna hitam dan merah nampak meriah dengan Fork Öhlins NIX30 berwarna emas. Meneruskan tema hitam merah ialah ekzos Termignoni sebagai komponen standard.

Monster SP kekal dengan enjin 937 cc Testastretta 11° berkuasa 111 hp pada 9,250 rpm dan daya kilas 93 Nm pada 6,500 rpm.

 

Ducati Monster SP 2023

 

Menjadikan Monster SP lebih ringan ialah penggunaan beberapa komponen baharu.

Monster 2021 sebenarnya sudah pun ringan atau pengurangan 18 kg kepada 188 kg (basah) berbanding Monster terdahulu dan model SP bertambah ringan.

Model ini menggunakan suspensi boleh laras Öhlins dan fork dengan berat 0.6 kg lebih ringan berbanding Monster dan Monster +. 

Suspensi itu boleh dikalibrasi dengan lebih sporti dan membantu dari segi pengendalian di jalanan dan juga di litar.

Lagi ciri utama ialah prestasi pembrekan lebih baik.

 

Ducati Monster SP 2023

 

Model ini menggunakan angkup brek Brembo Stylema® dan flange aluminium pada cakera depan saiz 320 mm dan 0.5 kg lebih ringan berbanding Monster standard.

Lebih ringan bermakna pengurangan inersia di depan dan membantu dari segi kelincahan.

Satu lagi perubahan yang dibuat ialah penggunaan bateri litium-ion dan secara keseluruhannya 2 kg lebih ringan daripada Monster standard.

Berat lebih ringan itu berjaya dicapai walaupun dengan penambahan steering damper bagi mempertingkatkan kestabilan semasa memecut dan di selekoh dan cermin depan.

Menghubungkan Monster SP dengan permukaan jalan ialah tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

 

Ducati Monster SP 2023

 

Satu aspek lagi yang diubah ialah kalibrasi Mod Tunggangan dan kawalan elektronik serta pengenalan Riding Mode Wet supaya lebih selamat di atas permukaan basah.

Secara asasnya Monster dilengkapi sistem ABS Cornering, Ducati Traction Control dan Ducati Wheelie Control. Turut dilengkapi Launch Control untuk tunggangan mula yang pantas.

Mod Sport, Touring dan Wet Riding boleh dilaras melalui butang pada pemegang dan skrin berwarna TFT 4.3 inci dengan grafik ala Panigale V4.

Ducati Monster SP akan mula menemui pelanggan di United Kingdom bermula Januari 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Monster SP 2023

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan secara global pada Januari lepas, Ducati Monster SP kini tiba sebagai…