Ducati Monster, model ikonik dari Borgo Panigale!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Monster adalah sebuah model ikonik dengan reka bentuk malar segar (timeless). Sejarahnya bermula pada tahun 1992 apabila Ducati mahukan sebuah motosikal dengan casis superbike dan tanpa perkakasan lain.

Hasilnya ialah sebuah model 'togel' tanpa fairing dan komponen yang tidak semestinya perlu ada.

Dengan pelancaran M900 maka bermula era segmen baharu dalam pasaran motosikal iaitu sports naked dan berterusan sehingga kini.

Tahukah anda berapakah jumlah Monster yang telah dikeluarkan? 350,000 unit!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ducati Monster 1200 R 2015

 

Sempena pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali dan Pengarah Pusat Reka Bentuk Ducati, Andrea Ferraresi menyerahkan motosikal ke-350,000 kepada pemiliknya, Sebastien Francois Yves Hervé De Rose.

Apa yang istimewa tentang unit tersebut? Plat khas dengan nombor 350,000, sijil keaslian yang ditandatangani oleh Claudio Domenicali dan lakaran Monster dengan tandatangan pereka Angelo Amato.

Dengan usia hampir tiga dekad pelbagai pembaharuan dan evolusi yang telah dibuat namun ia kekal dengan gayaan yang membentuk identiti Monster.

 

 

Ducati Monster

 

Model ini dibangunkan untuk menjadi sebuah motosikal yang seronok untuk ditunggang oleh pemilik di serata dunia di samping menarik perhatian generasi peminat baharu.

Pada peringkat permulaan, M900 diperkenalkan pada 1993 dan kemudian disusuli M600 pada 1994 dan M750 pada 1996.

Monster 600 berjaya membuka Ducati kepada ramai penunggang muda dan seterusnya generasi kedua 696 dan model 1100. 

 

Ducati Monster

 

Model era selanjutnya yang diperkenalkan ialah 797 dan 821. Pada 2 Disember 2020, Ducati memperkenalkan model serba baharu iaitu Monster 2021, Monster Plus, Monster 1200 dan Monster 1200 S.

Sama seperti generasi sebelumnya, model terbaru hadir dengan DNA sejati yang membentuk identiti Monster dan dibangunkan supaya sesuai untuk penunggang yang mahu berjinak-jinak dan mereka yang sudah berpengalaman.

Model ikonik seperti Panigale memang terkenal namun Monster juga sesuatu yang istimewa buat Ducati.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Monster 821 2016

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kesemua ciri tersebut tidak akan menjadi tanpa sentuhan pereka Ducati. Paling menyerlah pada…
Berita Global
  Walaupun warna merah padanan sempurna untuk Ducati, entah kenapa warna putih juga mampu…
Berita Domestik
Untuk anda yang menginginkan sebuah supermoto berkuasa, Ducati Hypermotard merupakan jawapan tepat…