Ducati Monster Iceberg White 2024, bukan Ducati Red, warna putih pun lawa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Monster Iceberg White 2024
Ducati Monster Iceberg White 2024
Mungkin ada yang terasa janggal apabila Ducati tidak lagi menggunakan kerangka Trellis pada Monster baharu.

Tiada lagi besi yang bersilang pada sisi motosikal dan keputusan itu dibuat bagi mengurangkan berat, penggunaan bahan api dan sebagainya.

Monster baharu nampak seperti sebuah mesin moden dan kekal dengan badan yang mempunyai lekuk seksi dan lampu depan membujur.

Seperti biasa, Monster juga menyerlah dengan warna Ducati Red.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Monster Iceberg White 2024

 

Walaupun warna merah padanan sempurna untuk Ducati, entah kenapa warna putih juga mampu menyerlahkan impak menawan.

Contoh terbaru boleh dilihat pada Ducati Monster model tahun (MY) 2024 yang ditawarkan dalam warna Iceberg White.

Warna sedia ada Ducati Red dan Aviator Grey masih kekal dan pilihan terbaru turut ditawarkan pada Monster+ yang lengkap dengan penutup pelana dan reraut depan.

Warna putih itu juga menaikkan garis badan Monster dan dipadan pula dengan pelana merah. 

 

Ducati Monster Iceberg White 2024

 

Dari segi teknikal, kesemua komponen Monster direka untuk mempunyai berat paling rendah dari rangka depan sehingga ekor yang disambung terus pada enjin.

Hasil akhir boleh dilihat pada penurunan berat sebanyak 18 kilogram berbanding Monster sebelum ini.

Hasilnya juga diterjemah kepada sebuah motosikal yang lincah dan kompak untuk mengharungi trafik di jalan raya dan juga pengawalan dalam setiap keadaan.

Selain itu, sisi badan yang langsing membolehkan kaki memijak jalan dengan mudah. Kedudukan pemijak kaki dan hendal pula membantu relaksasi pinggang dan kaki.

 

Ducati Monster Iceberg White 2024



Sistem elektronik Monster terdiri daripada ABS Cornering, Traction Control, Power Launch dan Wheelie Control yang mempunyai pelbagai larasan.

Turut dilengkapi mod tunggangan Sport, Touring dan Urban dan tukaran gear Ducati Quick Shift.

Maklumat untuk penunggang dipaparkan pada skrin TFT berwarna saiz 4.3 inci.

Dari depan, Monster menyerlah dengan lingkaran lampu LED dan kemas tanpa lampu isyarat capang dan disekalikan bersama panel badan.

 

Ducati Monster Iceberg White 2024

 

Monster digerakkan enjin 937cc Desmodromic Testastretta 11° silinder berkembar yang menghasilkan 111 kuasa kuda (hp) pada 9,250 rpm dan tork 93Nm pada 6,500 rpm.

Pemegang lesen A2 boleh mendapatkan Monster dengan kuasa 35kW (47hp).

Di United Kingdom, Ducati Monster 2024 ditawarkan daripada 11,295 pound (RM64,287).

Penulis: Muhammad Md Tajudin