Ducati MG-20 - basikal elektrik boleh lipat, harga dari RM7,899

oleh Mohamad Hanif|
Ducati yang kita kenali sebagai jenama motosikal pantas kini membawakan produk baharu yang pertama seumpamanya dari jenama itu - sebuah basikal boleh lipat MG-20.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati MG-20 direka untuk kegunaan bandar, terima kasih kepada penggunaan bahan ringan dimana rangka, fork hadapan dan rim diperbuat daripada bahan magnesium yang menawarkan struktur yang ringan akan tetapi tetap utuh.

 


Malah pakej yang ditawarkan oleh basikal ini memudahkannya untuk dilipat, serta disimpan dan dibawa dengan mudah.

Sebagai sebuah basikal, ia didatangkan dengan sistem gear Shimano enam nisbah kelajuan, serta sistem pemberhentian brek cakera depan dan belakang.

 


Ducati MG-20 ini bukanlah sekadar basikal tipikal, di mana Ducati telah melengkapkan produk ini dengan motor elektrik berkuasa 250 W (0.34 kuasa kuda) yang dipadankan dengan bateri Samsung berkapasiti 378 Wh yang membenarkan pergerakan tanpa kayuhan sehingga 50 km pada kelajuan maksimum 25 km/j.

Pek bateri itu tadi merupakan sebahagian daripada struktur rangka basikal, dan boleh dikeluarkan untuk pengecasan yang lebih mudah.

 


Antara ciri menarik yang didatangkan adalah mod kelajuan (12, 18, atau 25 km/j), lampu hadapan LED, paparan LCD kalis air, serta kehadiran jalur reflektif untuk keselamatan tunggangan ketika waktu malam.

Harga jualan bermula dari €1,599 (RM7,899).

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…