Ducati Memorablia, komponen motosikal MotoGP dan SBK Ducati untuk dijual!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Motosikal yang digunakan dalam perlumbaan mempunyai nilai tinggi sama ada dari segi pengetahuan dan pengalaman atau sebagai barang simpanan.

Ini yang bakal menjadi realiti buat Ducatista apabila Ducati menawarkan komponen daripada motosikal yang digunakan di dalam perlumbaan.

Projek Ducati Memorabilia memberi peluang kepada peminat untuk memiliki komponen asli daripada motosikal perlumbaan yang digunakan pada motosikal MotoGP dan SBK musim-musim lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Memorabilia

 

Kumpulan pertama komponen Ducati asli tersebut ialah con rod, crankshaft, camshaft dan omboh. Kesemua komponen itu disahkan secara peribadi oleh Claudio Domenicali dan Gigi Dall’Igna.

Bagi menambah keunikan dan keaslian, kesemua komponen didatangkan bersama butiran teknikal dan maklumat mengenai penunggang dan musim perlumbaan.

 

Barangan memorabilia yang ditawarkan boleh didapatkan dari Ducati Store di Borgo Panigale, pengedar Ducati dan dalam talian bermula dari tahun 2020.

Setiap komponen disimpan di dalam kotak plexiglass dan mempunyai sijil ketulenan. Setiap komponen juga terhad dan peluang keemasan buat peminat Ducati dan pengumpul barangan rare.

Penulis: Muhammad Md Tajudin