Ducati Malaysia umum pelan pembiayaan Ducati Corse Credit

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pelancaran enam buah model baharu, Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk motosikal baharu Ducati.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem pembiayaan Ducati Corse Credit ini disediakan oleh syarikat subsidiari Naza Credit & Leasing Sdn Bhd yang menawarkan kadar faedah menarik serendah 4.88 peratus setiap tahun, tempoh pinjaman sehingga tujuh tahun, bayaran muka serendah 10 peratus dan kadar kelulusan yang lebih cepat.

Dalam masa yang sama, Ducati Malaysia turut mengumumkan pembukaan dua buah pusat eksklusif Ducati Centre yang terletak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru bagi melengkapi fasiliti sedia ada yang terletak di Sungai Buloh, Pulau Pinang dan di Petaling Jaya.

Dua pusat pameran baharu itu akan dibuka di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur yang akan dikendalikan oleh Madani Greatlink Sdn Bhd, manakala sebuah lagi akan dibuka di Taman Daya, Johor Bahru yang akan dioperasikan oleh Ultra Maxlink Sdn Bhd.

Menurut pengurus besar Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael berkata dengan pembukaan dua pusat pameran baharu ini dilihat mampu merangsangkan lagi program pengembangan Ducati Malaysia.

Tambahnya, kerja-kerja naiktaraf Ducati Centre di Sungai Buloh sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2022.
 

Ducati


Di peringkat global, Ducati berjaya mencatatkan pertumbuhan menggalakkan, dengan 59,447 unit motosikal berjaya dijual di seluruh dunia pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tahun 2020.

Untuk tempoh suku pertama tahun 2022, Ducati berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021, atau 40 peratus untuk tempoh yang sama tahun 2020.

54 peratus daripada jumlah jualan Ducati disumbangkan oleh Benua Eropah, sementara rantau Asia pula menyumbang kira-kira 12 peratus.

Permintaan di Asia kini semakin meningkat bukan sahaja disebabkan oleh peranan motosikal sebagai mod pengangkutan yang penting, malah ia juga turut memainkan peranan penting dalam membentuk gaya hidup.

Pada ketika ini, Ducati mempunyai tiga kilang pengeluaran di Itali, Brazil dan juga Thailand yang kini mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 20,000 unit per tahun, di mana sebahagian besarnya dieksport ke pasaran Asean dan negara Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…