Ducati Malaysia rangkul 3 anugerah di Persidangan Pengedar Global Ducati 2022

oleh Penyumbang Rencana 2|
Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia mengharumkan nama negara apabila diiktiraf di pentas global dengan merangkul tiga anugerah tersohor dalam Persidangan Pengedar Global Ducati 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga anugerah tersebut ialah: 
• “Global Distributor Of The Year 2022” 
• “Best Marketing Team 2022 APAC”
• “Best Commercial After Sales Team 2022 APAC”

Tiga anugerah ini sekaligus mengiktiraf momentum yang dibina oleh Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun sebelumnya dengan meraih anugerah Best Marketing Team 2021 APAC dan Best Commercial Sales Team 2021 APAC. 

Acara Tahunan Persidangan Pengedar Global Ducati itu tahun ini diadakan di The Forte Village Resort, Sardinia, Itali pada 16-18 Oktober yang lalu. 

Menurut Dennis Michael, Ketua Syarikat Next Bike Sdn Bhd berkata, "anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua keluarga Ducati Malaysia, termasuklah komuniti pemilik dan pelanggan kami. 

"Kami amat berbangga kerana semua kerja yang telah diusahakan membuahkan hasil yang menakjubkan kepada kami. 

Sementara itu, Marco Biondi selaku Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati untuk Asia Pasifik berkata, "Malaysia telah terbukti mampu menjadi pasaran yang sangat berjaya untuk beberapa tahun kebelakangan ini, komuniti pemilik Ducati di negara ini juga terus berkembang, dan berjaya menarik minat kelompok pemilik baharu dan para pemilik sedia ada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…