Ducati lancar motosikal kembara Multistrada 1260 Enduro baharu

oleh Mohamad Hanif|
Merancakkan lagi dunia motosikal kembara, Ducati kini hadir dengan Multistrada 1260 Enduro baharu dengan pengenalan beberapa ciri tambahan demi menjadikan pengalaman tunggangan lebih menyeronokkan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Enjin Testastretta DVT yang bersesaran baharu 1,262 cc itu mampu menghasilkan 158 kuasa kuda dan 128 Nm daya kilas, dan turut dilengkapi dengan injap pemasaan boleh ubah yang mengatasi kekurangan kuasa pada putaran enjin yang rendah. 

Membantu pengedaran kuasa yang lebih lancar, Ducati mendatangkan ciri Ride-by-wire serta mod tunggangan Ride Modes yang boleh ditukar mengikut keperluan dan keadaan jalan yang pelbagai. 
 


Bagi memastikan keselamatan penunggang lebih terjamin, Ducati Multistrada 1260 Enduro ini hadir dengan ciri keselamatan seperti Bosch Cornering ABS, lampu membelok, kawalan Wheelie (ya, anda tidak tersalah baca), kawalan cengkaman dan juga Vehicle Hold Control yang amat berguna ketika di kawasan cerun.  

 


Penunggang juga boleh memfokuskan kepada keadaan jalan di hadapan tanpa perlu risau akan kawalan motosikal, terima kasih kepada Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down dengan ciri clutchless shift, kebolehan untuk menukar gear tanpa sebarang operasi klac. 
 


Ciri moden juga tidak dilupakan oleh Ducati dengan kehadiran paparan interaktif berwarna Human Machine Interface (HMI) sebesar 5 inci yang memaparkan bacaan kritikal motosikal, sambungan Bluetooh kepada peranti pintar, serta cruise control. 

 


Ducati Multistrada 1260 Enduro 2019 ini akan diperkenalkan pada umum pada acara EICMA di Milan, itali dengan penghantaran pertama dibuat menjelang awal 2019.


Spesifikasi Ducati Multistrada 1260 Enduro

Rangka: Tubular steel trellis frame
Enjin: Ducati Testastretta DVT L-Twin
Sesaran: 1,262 cc
Kuasa: 158 hp/128 Nm
Kotak gear: Ducati Quick Shift (DQS) enam kelajuan
Suspensi hadapan: fork USD, Evo Ducati Skyhook Suspension (DSS)
Suspensi belakang: monoshock, Evo DSS
Rim/tayar hadapan: 19 inci, Pirelli Scorpion Trail II 120/70 ZR 19
Rim/tayar belakang: 17 inci, Pirelli Scorpion Trail II 170/60 ZR 17
Tinggi tempat duduk: 860 mm
Kapasiti tangki: 30 liter
Penggunaan bahan api: 5.5 liter/100 km
Ciri keselamatan: Bosch Cornering ABS, Ducati Traction Control, Riding Modes, Power Modes, Ducati Wheelie Control, Ducati Cornering Lights, Vehicle Hold Control, Tyre Pressure Monitoring System
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Jangan berasa pelik melihat model Panigale V4 2025, setiap penggayaan reka bentuk diberi sentuhan…
Berita Global
  Enjin Superquadro silinder L berkembar 90 darjah dikeluarkan pada 2011 untuk Panigale 1199. …
Berita Global
  Jeriji radiator dan pelindung takungan yang diperkukuh melindungi perkakasan penting lain…