Ducati lancar e-bike Scrambler boleh lipat - SCR-X, SCR-E GT

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah Ducati Urban e-Mobility, Ducati baru sahaja melancarkan dua buah produk basikal elektrik (e-bike) boleh lipat Scrambler Ducati yang dibangunkan oleh Platum, iaitu SCR-X dan SCR-E GT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk kegunaan urban, SCR-X didatangkan dengan dengan tayar bersaiz 20" x 4.0", rekaan fork suspensi di hadapan, serta rak belakang yang mampu memuatkan barangan seberat 25 kg.

Pek bateri berkapasiti 499 Wh pula membolehkan jarak tunggangan sejauh 80 km, dan kelajuan tunggangan maksimum 25 km/j.
 

SCR-E GT


Sementara SCR-E GT pula direka untuk mereka yang sukakan cabaran di luar bandar, terima kasih kepada pemasangan tayar off-road Kenda (juga bersaiz 20" x 4.0"), serta kehadiran fork suspensi dan penyerap hentak tunggal di bahagian tengah.

Tidak seperti SCR-X, SCR-E GT dilengkapi dengan pek bateri sebesar 614 Wh, namun jarak tunggangan masih lagi sama, iaitu 80 km.
 

48V


Kedua-dua e-bike boleh lipat ini didatangkan dengan motor elektrik Bafang 48 Voltan yang mampu menghasilkan daya kilas 60 Nm, dibantu dengan sistem gear Shimano Tourney tujuh kelajuan dan unit kawalan generasi baharu yang mampu memanjangkan hayat bateri dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran tenaga.

Sementara sistem brek cakera hidraulik depan dan belakang turut didatangkan dengan penderia cut-off untuk pengalaman tunggangan yang lebih cekap dan selamat.

Segala fungsi e-bike ini ada dipaparkan menerusi paparan LCD kalis air.

Kedua-dua model e-bike ini boleh didapati di pengedar Ducati bermula pertengahan Julai ini