Ducati Hypermotard 698 Mono rasmi di Malaysia - Nadi Superquadro Mono 659 cc, 77.5 HP, dari RM70,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Serentak dengan pelancaran bilik pameran Ducati Johor, Ducati Malaysia hari ini turut melancarkan model terbaharu Ducati Hypermotard 698 Mono untuk pasaran Malaysia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Seperti pasaran global, untuk pasaran Malaysia juga Ducati Hypermotard 698 Mono akan ditawarkan dengan dua varian iaitu versi asas dengan warna Ducati Red, dan versi RVE bersama liveri Graffiti , lengkap dengan kerangka berwarna hitam.

 

2

 

Diperkenalkan secara global pada hujung tahun lalu, Hypermotard 698 Mono hadir sebagai model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal baharu iaitu Superquadro Mono 659 cc.

Superquadro Mono 659 cc diasaskan dari nadi Panigale 1299 (Superquadro 1285 cc) yang juga dilengkapi sistem Desmodromic pada head enjin.

 

2

 

Nadi silinder tunggal baharu itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 77.5 HP dan 63 Nm dengan rev tertinggi sehingga 10,250 rpm, menjadikannya antara motosikal paling berkuasa dalam kategorinya.

Menariknya dengan hanya menukar sistem ekzos Termignoni yang ditawarkan sebagai aksesori, angka kuasa mampu dipertingkatkan sehingga 84 hp dan 67 Nm tork.

 

3

 

Selain nadi berkuasa baharu, Hypermotard 698 Mono juga hadir dengan reka bentuk sporti Supermotard untuk membolehkan kawalan optimum, disumbang dengan penggunaan komponen lebih ringan.

Hypermotard 698 Mono menggunakan kerangka trellis dengan berat 7.2 kg sahaja, ia juga dilengkapi roda tuang, cakera brek dengan bibir aluminium dan fork jenama Marzocchi, mengekalkan berat keseluruhan kepada 151 kg sahaja.

 

6

 

Meningkatkan lagi tahap tunggangan, ia dilengkapi fork USD Marzocchi 45 mm boleh laras di depan, dan monoshock jenama Sachs boleh laras di belakang.

Ia turut dilengkapi dengan sistem brek Brembo, merangkumi angkup M4.32 bersama cakera bersaiz 330 mm di depan, dan angkup omboh tunggal jenis floating bersama cakera bersaiz 245 mm di belakang.

Untuk kelengkapan elektronik, Hypermotard 698 Mono dilengkapi pelbagai ciri seperti:

  • Sistem Bosch ABS Cornering bersama teknologi Slide By Brake
  • 4 mod tunggangan, iaitu Sport, Road, Urban dan Wet
  • Engine Brake Control, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Ducati Power Launch
  • Ducati Quick Shift naik/turun (standard untuk Mono RVE)
  • Meter LCD bersaiz 3.8 inci

 

4

 

Ducati juga menawarkan fungsi bantuan wheelie khusus dan perisian ekzos untuk litar yang hanya tersedia dengan pilihan ekzos Termignoni, di mana fungsi bantuan itu melaraskan penghantaran tork bagi memudahkan penunggang untuk melaksanakan wheelie yang berpanjangan.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Hypermotard 698 Mono ditawarkan bermula dari RM70,900 untuk varian asas, dan RM77,900 untuk varian RVE

 

7

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal…