Ducati e-Scrambler, kayuh lebih mudah sebab ada bateri!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati e-Scrambler
Ducati e-Scrambler
Satu tabiat sihat ialah melakukan aktiviti luar seperti berbasikal. Di Eropah, berbasikal sudah menjadi budaya dan beberapa pengeluar kenderaan menawarkan basikal jenama sendiri kepada pengguna.

Terbaru Ducati menawarkan e-Scrambler yang dibuat dengan kerjasama Thok yang juga pengeluar basikal elektrik di Itali.

Nama yang dipilih juga bijak kerana membawa pengaruh gayaan dan kebebasan yang dibawa Ducati Scrambler.

e-Scrambler sebenarnya adalah basikal rentas (trekking) elektrik dengan rangka aluminium 6061 T4 T6 dan komponen berkualiti tinggi. 

Basikal ini dilengkapi motor Shimano Steps E7000 250 Watt dengan bateri 504 Wh dan tayar Pirelli Cycl-e GT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Scrambler 1100 2017

Dengan kuasa elektrik tersebut, kayuhan menjadi lebih mudah terutama sekali semasa mendaki kawasan curam. Kurang tenaga diperlukan kerana kayuhan dibantu oleh tenaga elektrik.

Dengan bantuan tersebut, e-Scrambler sangat sesuai untuk pelbagai tujuan sama ada rekreasi, ke tempat kerja, bersiar-siar atau pun meneroka tempat baharu.

Disebabkan itu penggunaan nama Scrambler dilihat tepat dan sesuai dengan fungsi dan matlamatnya. Inilah versatiliti Ducati sebagai pengeluar kenderaan dua roda.

Boleh pilih Panigale, Multistrada, Diavel, Scrambler dan sekarang basikal elektrik e-Scrambler pula.

 

Ducati e-Scrambler

 

Selain komponen elektrik, e-Scrambler dilengkapi Sram NX 11 kelajuan, brek SRAM Guide T empat angkup, sepit udang Suntour XCR 34 dan pelbagai aksesori kegunaan harian seperti rak bagasi, madgad, tongkat dan lampu isyarat.

Satu lagi aspek penting dalam berbasikal ialah saiz. Salah saiz kayuhan menjadi tidak selesa.

e-Scrambler menggunakan tayar saiz 27.5 dan dibina dengan sudut graviti rendah manakala geometri rangka menawarkan rasa tunggangan seperti basikal tradisional untuk menikmati kayuhan di bandar atau ke luar bandar.

Batang tempat duduk (seat post) pula jenis teleskopik eTEN (100-125mm) yang meningkatkan lagi keselesaan termasuk turun dan naik dari basikal semasa berhenti.

Berat keseluruhan ialah 22.5 kg (saiz M tanpa padel) dan biasa untuk basikal dengan tambahan komponen elektrik.

Untuk memilikinya, basikal Ducati e-Scrambler ditawarkan pada harga EUR 3,699 atau bersamaan RM 18,378.