Ducati DesertX Rally dan Monster 30° Anniversario rasmi di Malaysia - Dari RM115,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ducati Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dua model istimewanya iaitu Ducati DesertX Rally dan Ducati Monster 30° Anniversario.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut diperkenalkan secara global pada penghujung tahun 2023, di mana kedua-duanya mentakrifkan pengalaman menunggang motosikal dalam segmen masing-masing.

 

2

 

Ducati DesertX Rally

Hadir sebagai sebuah motosikal adventure, DesertX Rally merupakan varian baharu yang diperkenalkan dengan beberapa naik taraf dan kelengkapan yang lebih memfokuskan pada keupayaan off-road.

Dari segi kuasa, DesertX Rally masih menggunakan nadi Testastretta V-Twin 937 cc yang berupaya menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm dan daya kilas 92 Nm @ 6,500 rpm.

Antara kelengkapan tambahan yang ditawarkan berbanding model standard ialah:

  • Sistem suspensi dengan spesifikasi lumba off-road boleh laras sepenuhnya dari KYB dengan rawatan permukaan khas (salutan Kashima pada bahagian luar, DLC pada bahagian dalam)
  • Rim Takasago EXCEL, hab aluminium bilet dan jejari keluli karbon, menjadikannya 0.5 kg lebih ringan
  • Sump guard dan tuil gear karbon, serta brek belakang aluminium bilet yang lebih ringan
  • Grafik pelekat tahan lasak diilhamkan dari livery Antoine Meo yang digunakan untuk memenangi perlumbaan Erzbergrodeo.

 

3

 

Ducati Monster 30° Anniversario

Untuk meraikan ulang tahun ke-30 salah satu model ikoniknya, Ducati telah memperkenalkan Monster 30° Anniversario dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 unit sahaja seluruh dunia.

Hadir sebagai sebuah motosikal naked berkuasa tinggi, Monster 30° Anniversario juga dikuasakan nadi Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan 111 HP @ 9,250 rpm dan 93 Nm @ 6,500 rpm.

Antara kelengkapan tambahan yang ditawarkan ialah:

  • Grafik Tricolour 30th Anniversary dengan penutup tempat duduk belakang, animasi pada skrin dan nombor siri pada handlebar
  • Rim forged aluminium secara standard
  • Pakej bantuan elektronik seperti Ducati Quick Shift (DQS), Cornering ABS dan Traction Control
  • Fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras, monoshock Ohlins di belakang dan steering damper Ohlins

Untuk pasaran Malaysia, Ducati DesertX Rally dijual bermula dari RM169,900 dan Ducati Monster 30° Anniversario pula dijual dari RM115,900.

 

Baca: Ducati DesertX Rally 2024

Baca: Ducati Monster 30° Anniversario

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai generasi ketujuh, Panigale V4 2025 hadir serba baharu bersama peningkatan pada…
Pelancaran
Hadir sebagai model touring dengan gabungan ciri superbike, Multistrada V4 RS merupakan satu-…
Berita Domestik
Majlis pelancaran itu turut disertai Marco Biondi, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia…